Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terpaksa Tolak FAM Trip Bangkok Minggu Depan

Sejak dua menjak ni, rezeki sponsored trip semakin bertambah. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki mu ini Ya Allah. Bulan Mac 2013 ada trip ke Surabaya Jogja, hari ni ke Pulau Perhentian dan minggu depan ke Bangkok, Thailand dan selepas itu ke Bandung, Indonesia.Mungkin rezeki ini datang selepas usaha MrJocko yang masih lagi konsistem dalam menulis entry kembara dan sabar menanti peluang yang ada. Bukan senang, tetapi semua ini tidak mustahil kalau kita buat kerja dengan cara yang betul. Rezeki ada di mana-mana.  Sayangnya, untuk FAM Trip ke Bangkok minggu depan pada 16 Mac hingga 20 Mac terpaksa MrJocko tolak kerana jadual yang ketat. Nak hantar wakil, tetapi perlukan rakan yang betul-betul berkaliber kerana ini melibatkan pihak ketiga yang mempunyai reputasi yang baik. Sayang kerana terpaksa lepaskan peluang begitu sahaja.Sebab itu, dari dulu MrJocko tubuhkan syarikat yang di berikan nama Blooggers Dot Com. Tujuannya, bila tawaran datang atas nama ‘Blooggers’ MrJocko boleh menghantar mana-mana wakil dari komuniti Blooggers. Tetapi kalau tawaran datang atas nama individu, ia amat susah untuk mencari pengganti.Harap untuk bulan April dan seterusnya, akan ada lagi tawaran FAM Trip ke Thailand. Ini kerana, trip ke Thailand ialah antara satu trip yang terbaik pernah MrJocko sertai pada tahun lepas. Thailand, its Amazing Thailand.Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.