Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terrace Green Restaurant Halal Muslim Di Korean Folk Village

Seharian kalau masuk ke Korean Folk Village mesti la akan terasa lapar dan dahaga. Nak cari restoran halal di Korean Folk Village? Jangan risau, sebab sudah diakui oleh Korea Muslim Federation bahawa Terrace Green Restaurant Halal Muslim Di Korean Folk Village. Ia memang restoran yang menyediakan menu makanan halal kepada semua pelancong.

Lokasi restoran halal di Korean Folk Village ini berada di tebing sungai, bersebelahan dengan Rumah Hantu di Play Village. Restoran ini dikenali sebagai Terrace Green Restaurant dan ia mempunyai 2 tingkat. Tingkat bawah berhampiran dengan sungai adalah bahagian ruang yang dikhaskan untuk menu makanan halal.

Baca : Restoran Friendly Muslim Halal di UENO Street Tokyo

 


Terrace Green Restaurant Halal Muslim

Terrace Green Restaurant Halal Di Korean Folk Village
 

Kalau nak tengok peta Korean Folk Village boleh tengok di sini – http://www.koreanfolk.co.kr/multi/english/guide/map.asp

 

Pertama kali makan di sini. Masa MrJocko ke sini tahun 2014, kami singgah selepas lunch di restoran di luar. Sekarang kalau nak masuk ke Korean Folk Village lebih awal, tak perlu risau sebab boleh berehat sebentar untuk Lunch dan Solat di sekitar kawasan tersebut.

 

restoran_halal_di_korea Terrace Green Restaurant Halal Muslim Di Korean Folk Village restoran_halal_di_korea

 

Menu makanan di sini lebih kepada Menu makanan India iaitu Roti Naan dan juga Kari Ayam. Walaupun begitu, rasa Roti Naan kat sini boleh tahan sedap. Rasa Kari Ayam pun memang terbaik. Ke sebab MrJocko dah beberapa hari tak makan ayam atau menu makanan Muslim?

Ada juga menu Salad, Ayam Bakar, Pizza dan beberapa kekacang untuk menu sampingan. Yang pasti, menu seperti ni dah cukup membuatkan MrJocko berselera. Rasa sedap sangat-sangat bila dapat makan menu seperti menu masakan di Malaysia.
 

restoran_halal_di_korea
Menu Terrace Green Restaurant Halal Muslim

restoran_halal_di_korea restoran_halal_di_korea restoran_halal_di_korea restoran_halal_di_korea restoran_halal_di_korea
 

MrJocko diberitahu, dalam beberapa keadaan kalau ada tempahan ramai, mereka menyediakan sekitar 20 menu untuk pelancong Muslim yang ingin makan tengahari di sini.

Harga makanan di Restoran Halal Muslim Terrace Green Restaurant di Korean Folk Village ini katanya berharga sekitar 10,000 Won (RM38) untuk satu menu hidangan biasa. Kalau nak dikatakan, harga ini agak berbaloi dan berpatutan dengan lokasi di dalam Taman Tema seperti ini.
 

 


Terrace Green Restaurant Halal Muslim Di Korean Folk Village
 

Syiok juga layan makan tengahari di Terrace Green Restaurant Halal Muslim di Korean Folk Village ini. Sambil makan, sambil mengadap sungai dan pemandangan bunga-bunga di sekitar taman tema. Tambah pula cuaca dingin sambil angin menghembus, amboi layan…

Untuk restoran Halal Muslim di Korean Folk Village ini, thumbs up untuk Korea Tourism Organization dan Korea Muslim Federation atas usaha dalam memudahkan pelancong Muslim untuk mencari menu makanan halal di Korea.

Bagaimana nak ke Korean Folk Village? Baca balik entry MrJocko ini – http://www.mrjocko.com/2017/05/korean-folk-village-muzium-hidup.html

Nak ke sini, jangan lupa baca juga Korean Folk Village

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.