Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Teruja Tengok Cara Masak Tako Tao Takoyaki Jepun

Cara Masak Tako Tao Takoyaki Jepun. Semalam singgah di Festival City Mall Setapak. Shopping Mall baru sebelah Platinum Walk dan Uptown Danau Kota. Saja jalan-jalan selepas balik dari majlis kenduri kahwin Kelly and Gman. Menarik kat sini sebab, kami teruja tengok cara masak Tako Tao Jepun.

Masa nak balik, kami singgah order menu feveret Khalisha, Takoyaki. Kami order la menu popular kat sini, resipi Tako Tao. Bila tengok cara staff sana masak, teruja pulak. Nampak macam senang, tetapi sure skill macam dia buat perlukan latihan beberapa bulan.

Baca : Takoyaki Bebola Jepun Yang Sedap Kini Viral

 


Teruja Tengok Cara Masak Tako Tao Takoyaki Jepun

CARA MASAK TAKO TAO

CARA MASAK TAKO TAO
 

Rupanya nak masak Takoyaki pun bukan senang. Nampak jer dah siap bulat, tetapi skill menggolekkan Tako Tao tu kena pandai. Baru la jadi bulat penuh dan bukannya jadi separuh bulat atau pecah.

Hebat dan teruja. Nanti kalau ada peluang, MrJocko nak cuba buat resipi Tako Tao yang sedap ini di rumah:).

Belajar dulu resipi Takoyaki Jepun ini kemudian baru belajar Cara Masak Takoyaki Jepun.

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 – 30 biji)

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Sotong / Udang / Filament Crab / Sosej
Daun Bawang dihiris nipis
Kobis bulat yang dicincang

Sumber : https://norlizaothman.blogspot.com

Sent from my BlackBerry smartphone

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.