Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Test Drive Ford Ranger Wildtrak BiTurbo Genting Highlands

Masa yang saya tunggu, untuk rasakan sendiri kehebatan kenderaan pickup truck jenama Ford yang semakin menjadi pilihan ramai. Untuk dapatkan ‘feel’ pemanduan kenderaan seperti ini, laluan paling sesuai ialah laluan yang mendaki dan dengan jarak yang sederhana jauh. Ini entry blog Test Drive Ford Ranger Wildtrak BiTurbo Genting Highlands.

Kalau kebiasaannya, untuk menaiki bukit seperti di Genting Highlands, mungkin saya rasakan kereta sedan dengan keupayaan enjin Turbo biasa sudah cukup. Ini kerana keadaan bentuk muka bumi, jalan yang tidak lurus dan banyak lengkok ‘corner’, mungkin akan menyukarkan kereta yang tinggi seperti Ford Ranger.

Jangkaan saya silap. Ford Ranger Wildtrak BiTurbo dengan keupayaan 2.0L Diesel ini sangat selesa bila membuat ‘corner’.

Test Drive Ford Ranger Wildtrak BiTurbo Genting Highlands

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo_

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo_

Untuk trip kami sekeluarga ke Genting Highlands, kami hanya berlima. Dua orang dewasa dan seorang remaja dan 2 orang kanak-kanak. Tidak punya barangan lain yang berat, hanya kami berlima.

Memulakan pemanduan selepas waktu makan tengahari, tidak sampai 1 jam dari Kuala Lumpur. Kami dan sampai di puncak Genting Highlands dan memasuki ruangan parkir di P4, berhadapan dengan Maxim Hotel Genting Highlands.

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo_
Highway Karak – Genting
test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo_
Highway Karak – Genting
test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo
Highway Karak – Genting

Bagi yang pernah memandu ke puncak Genting Highlands dan juga laluan lebuhraya Gombak – Karak, pasti akan tahu keadaan jalanraya di kawasan ini. Dari Tol Gombak sehingga ke Terowong Karak ia merupakan jalanraya yang mendaki. Kalau kereta tidak cukup ‘power’ memang akan semput.

Dari persimpangan susur naik ke Genting Highlands, kawasan ini sudah semakin sukar dan menaik. Kuasa lebih memang diperlukan untuk membawa kenderaan memacu naik dengan keadaan jalanraya yang banyak corner kiri dan kanan.

Laluan ini mencabar, sehingga ke bahagian Gohtong Jaya dan susur keluar ke Genting Highlands Premium Outlet.

Namun, selepas itu, cabaran sebenar bermula. Menaiki hingga ke puncak, kalau dengan kereta biasa akan membuatkan anda penat dan frust.

Tapi, dengan Ford Ranger Wiltrak BiTurbo ini, langsung tiada tekanan. Ia memecut dengan selamba, dengan jarak pemanduan yang masih selamat serta keyakinan memotong yang sangat tinggi.

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo

test_drive_ford_ranger_wildtrak_biturbo

Baca : MrJocko dan Auto Review

Ya, ini kenderaan pickup truck. Tetapi, pengalaman memandu menggunakan Ford Ranger Wildtrak BiTurbo ini dari kaki bukit menuju ke puncak Genting Highlands memang satu pengalaman yang terbaik.

Tak terasa semput langsung, kenderaan ini membawa kami sekeluarga dengan selesa walaupun dalam keadaan pemanduan yang bengkang-bengkok. Perlu saya katakan, memotong kenderaan lain di dalam keadaan mendaki bukit pun memang menyakinkan.

Sebagai pandangan peribadi, untuk nilai dan kuasa pemanduan Ford Ranger Wildtrak ini, sangat berbaloi. Dengan harga sekitar RM143,000 ini, pemilik Ford Ranger Wildtrak pasti akan tersenyum dengan kehebatan jentera terbaru dari Ford Malaysia ini.

Untuk info, Ford di bawa masuk oleh Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.