Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur

Kali ini sesuatu yang menarik dan unik pernah MrJocko review. Ia adalah sebuah jentera mesin yang berharga lebih dari jutaan USD dan ia adalah Airbus Helicopter mewah. Kini, Airbus Helicopter mengembangkan lagi pasaran mereka di Malaysia. Untuk tujuan promosi, MrJocko dan rakan media tempatan dibawa untuk Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur selama hampir 30 minit.

Ia satu pengalaman baru buat MrJocko. Memang ada ‘class’ menaiki Airbus helicopter H130 yang mewah ini. Tidak sama dengan kualiti penerbangan helikopter biasa.

Baca : Harga Pakej Naik Helikopter di Tasik Titiwangsa

 


Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang

Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang
 

Sebelum terbang, kami diberi taklimat ringkas tetapi padat oleh Mr Guillaume Dubreuli, Naib Presiden Jualan Airbus Helicopter Malaysia. Beliau yakin dengan potensi untuk Airbus Helicopter H130 dalam operasi korporat, swasta dan sektor pelancongan di rantau ini. Profil syarikat mereka mempunyai kejayaan di seluruh dunia, terutama di Asia Pasifik, tetapi cukup pelik kerana mereka belum mempunyai pelanggan di Malaysia lagi.

Walaupun platform itu digunakan bagi perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) di pasaran seperti India, industri ini tidak benar-benar matang dalam Asia Tenggara, kata Rochereau. Malah, hanya kira-kira 4 peratus daripada jualan H130 adalah untuk EMS di Asia Pasifik, manakala sebahagian besar-40 peratus-adalah untuk teksi udara dan pengangkutan penumpang.

“Saya ingin memulakan tahun ini dengan jualan dua atau tiga pesawat. Dan untuk lima tahun akan datang,” kata Guillaume.

 

Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang

 

Bagi sektor korporat atau syarikat yang berminat, untuk info Airbus Helicopter akan memulakan penerbangan demo H130 untuk bakal pelanggan mereka bermula bulan April. Untuk membantu meningkatkan jualan dan menangani ringgit Malaysia yang lemah, beliau berkata, Airbus Helicopter akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembiayaan untuk memastikan kemampuan dalam kedua-dua pengambilalihan dan operasi. Ini termasuk pelan penyelenggaraan setiap jam berharga $250.

Sementara itu, Airbus Helicopter sentiasa memantau kepuasan pelanggan dan juga usia pesawat dalam perkhidmatan. ‘After Sales Service’ mereka antara yang terbaik.

 

Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang

 

Bermula dari Airbus Helicopter Malaysia International Aerospace Centre di Subang, kami mula terbang merentasi bandar Subang dan melepasi Damansara Perdana hingga Bukit Lanjan. Dari situ Pilot membawa kami terbang hingga ke Batu Cave, Bukit Melawati dan kemudian mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. 

Dari mata burung ‘bird eyes’ kami menikmati pemandangan indah Kuala lumpur dari atas. Menakjubkan. Tiada kesan gegar ketara kerana Helicopter H130 ini mempunyai ciri-ciri terbaik ‘Anti-Shock’. Lagipun, ia tidak bising seperti helicopter biasa. Memang awesome…

 

Test Fly Airbus Helicopter H130 Terbang

 

Terus terang, ini adlah Test Fly Airbus Helicopter H130 yang terbaik pernah MrJocko rasakan sendiri. Pengalaman menaiki helikopter model H130 Airbus ini memang satu yang tidak akan dilupakan.

Katanya, model Airbus Helicopter H130 boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi tanpa risau dengan isian minyak. Ia memang satu jentera mesin yang efektif dan sesuai untuk semua keadaan. Malah ada Airbus H130 ini dibina dan diubahsuai menjadi pesawat helicopter penyelamat.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Airbus Helicopter H130 boleh layari laman web rasmi mereka : http://www.airbushelicopters.asia/website/en/ref/Malaysia_275.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.