Thai Massage Urut Kaki Di Chiang Mai Cuma RM20 Sejam
|Thailand memang terkenal dengan servis Urut Mengurut yang memang banyak terdapat samada di Bangkok, Chiang Mai, Krabi, Phuket, Hatyai dan seluruh Thailand. Industri servis urut di Thailand agak terkenal dengan trademark Thai Massage yang lebih kepada sesi mengurut tanpa minyak dan lipat-melipat. Ada yang suka, namun ramai yang tak suka dengan urutan Thai.
Di Chiang Mai juga banyak lokasi kedai yang menyediakan servis urutan Thai Massage dan Spa untuk pelanggan. MrJocko sendiri cuba Thai Massage Urut Kaki di Chiang Mai. Sebaiknya, jika nak mengurut, pilih lokasi rumah urut yang bersesuaian supaya anda betul-betul boleh menikmati servis urutan dengan sebaiknya.
Pasar Malam Sabtu di Chiang Mai
Kopi Terkenal di Chiang Mai Doppio Central Festival
Teaser Veranda Highland Resort Chiang Mai
Thai Massage Urut Kaki Di Chiang Mai Cuma RM20 Sejam
strong>
Banyak rumah urut di Chiang Mai menyediakan Tukang Urut Lelaki untuk Lelaki dan juga Tukang Urut Perempuan untuk Perempuan. Ini antara khidmat professional yang mereka tawarkan untuk pelanggan mereka, khususnya pelanggan Muslim.
Peluang untuk mengurut kaki di Thai Massage Spa yang terletak berdekatan dengan hotel kami, Le Meridian Chiang Mai memang best. Untuk servis urutan kaki, bahu dan juga kepala, harga yang dikenakan cuma RM20 bagi setiap satu jam. Urutan penuh satu badan juga ada di sini dengan harga yang sama.
Untuk wanita muslim lebih-lebih lagi yang bertudung, mereka sediakan ruang bilik khas untuk keselesaan pelanggan wanita muslim, bagus kan???
Memang best bila dapat rileks sekejap dengan mengurut kaki dirumah urut kaki di Chiang Mai ni. Urutan dari tukang urut kaki lelaki sudah pasti lebih best sebab tenaga yang kuat serta skill yang lebih bagus. Berbaloi dengan harga RM20 untuk satu jam ditambah dengan bonus urutan belakang, bahu dan juga kepala.
Mungkin next time kalau datang lagi melancong ke Chiang Mai, Thailand.