Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand (Taman Perlindungan Thale Noi Waterbird) adalah rizab unggas air terbesar di Thailand. Ia terletak kira-kira 100km dari bandar popular Hatyai, terletak di hujung utara Lake Songkhla yang merupakan tasik air terbesar Thailand.

Thale Noi (kadang-kadang dieja Talay atau Thalae Noi) mempunyai keluasan kira-kira 450 kilometer persegi. Tasik ini menarik peminat burung yang datang untuk memerhati lebih dari 180 spesies burung air yang singgah menggunakan tasik itu. Naturalists juga boleh menikmati pelbagai spesies flora, ikan, reptilia dan mamalia yang jarang didapati ditempat lain.

Baca : Tempat Menarik di Phatthalung Thailand

 


Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 01 copy

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 08
 

Kami singgah di Tasik Thale Noi Waterbird Park ini masa pakej yang kami ambil di Phatthalung. Ia pakej melihat Sunrise Pakpra, melihat Teratai dan juga sesi menaiki bot menyusuri Tasik Thale Noi.

Kebiasaanya pelancong akan mengambil pakej ini kalau ke Phatthalung. Pakej harga ini boleh anda baca di sini Cantiknya Teratai di Thale Noi Phatthalung. .

Kalau nak ambil pakej mudah biasanya Itinerary bermula di Hatyai – Phatthalung – Satun dan kembali ke Hatyai.

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 02

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 03

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 04

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 05

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 07

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand 08

Namun, jika anda peminat burung dan hidupan liar, anda mestihabiskan seharian di sini melihat burung-burung yang singgah di Thale Noi Waterbird Park Sanctuary ini.

Bulan terbaik untuk menonton burung adalah November hingga Mac apabila lebih ramai burung migrasi dapat dilihat. Dari bulan Februari hingga April, Thale Noi meriah dengan kembangan bunga Lotus atau Bunga Teratai berwarna Merah Jambu.

Saya cadangkan, kalau tak nak sesak dengan orang ramai, elakkan ke sana pada hujung minggu. Ini kerana waktu hujung minggu dan cuti umum, ramai pelancong Thailand turun ke Baan Thale Noi.

Soal penginapan jangan risau. Di sini ada banyak kemudahan hotel, resort, chalet dan juga rumah kampung yang boleh anda sewa. Kalau nak rasa keselesaan sebenar, boleh menginap di Sripakpra Resort Thale Noi. atau juga Varni Homecraft Homestay dengan harga yang berpatutan.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.