Live Viewing of The Abu Dhabi Grand Prix 2014 Formula 1
|Ahad lepas, MrJocko dijemput untuk menghadiri makan malam sempena Live Viewing Abu Dhabi Grand Prix 2014 Formula 1 bertempat di Symphony Lake KLCC. Majlis makan malam dan Live Viewing Abu Dhabi Grand Prix ini dianjurkan oleh pihak Petronas sebagai penaja minyak rasmi pasukan Mercedes melalui Petronas Motorsports.
Sememangnya tahun ini, pasukan Mercedes AMG Petronas F1 tahun ini mengungguli perlumbaan Formula 1 bila menang 13 dari 16 perlumbaan sepanjang musim merentas litar lumba dunia. Perlumbaan akhir di Abu Dhabi ini melengkapkan pusingan dan menobatkan Mercedes AMG Petronas F1 sebagai Juara Constructor keseluruhan musim Formula 1 Tahun 2014 bila mengumpul 701 mata keseluruhan, jauh meninggalkan pasukan kedua Redbull Racing Renault 405 mata dan pasukan ketiga William-Mercedes 320 mata.
Live Viewing of The Abu Dhabi Grand Prix Formula 1 Petronas
Bersama Nabil Jeffri, pemandu baru pasukan Petronas Motorsports |
Nampaknya team Petronas tahun ini memang menonjol dan berada dalam kondisi terbaik. Setiap tahun, ini yang mereka harapkan dan akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
Best layan LIVE View ni. InsyaAllah kalau ada jemputan seperti ini lagi, MrJocko pasti akan singgah 🙂
meriah betul nie…
untung mr.jocko dapat posing ngan kereta n model.
huhuhu..
nasib baik xleh bawa balik jer tue.
Alhamdulillah,,, rezeki blogger picisan,,,
Kalau dapat bawak balik kereta, kawe pusing satu Malaysia 🙂