Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Meneroka Mitos Greek The Acropolis of Athens Di Greece

Tempat ini sudah erkenal sejak ratusan tahun yang lalu, tanah Greek antara destinasi yang unik bagi setiap pengembara dan mereka yang suka travel. Peluang  MrJocko sendiri Meneroka Mitos Greek The Acropolis of Athens Di Greece memang sesuatu yang menarik dan tidak boleh dilepaskan. Ia perjalanan kembara yang hebat.

Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 meter. Ada beberapa runtuhan batu bangunan kuno yang dulunya adalah asalnya sebuah kuil yang menjadi pusat sejarah Athens. Mulai dibangun sekitar 1300 tahun SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sehingga kerajaan Parsi menghancurkannya di tahun 480 SM.

Setahun kemudian tentara Yunani mengalahkan Parsi dan membangun kembali kuil-kuil itu. Antara tahun 467 sehingga tahun 404 SM, bangunan tersebut selesai dibangun. Pada tahun 1834 Athens menjadi ibukota Yunani, yang mana Raja Otto ketika itu menetapkan Acropolis sebagai bangunan arkeologi yang dilindungi. Tahun 1975 Acropolis direstorasi.

Baca : Temple of Poseidon Greek

 


The Acropolis of Athens Di Greece

The Acropolis of Athens Di Greece

 

Empat bangunan utama yang terdapat dalam Acropolis of Athens ini ialah bangunan asal dikenali sebagai PropylaiaParthenon, Erechtheion dan the Temple of Athena Nike.

Athens adalah ibukota tertua di Eropah. Ia menjadi tempat berawalnya karya-karya mashur yang pertama kali. Ia juga tempat kelahiran teater Eropah, tempat lahirnya negara demokrasi yang menjadi pilihan banyak negara terkemuka.

 

The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece

 

Sebut saja nama Aristophanes yang terkenal akan karya komedi. Aischylos, Euripides, Sophokles yang menulis karya-karya drama agung. Phidias menciptakan karya seni patung dan Sokrates yang mendirikan sekolah filsafat yang sesudah mati akibat bunuh dirinya diteruskan oleh muridnya, Plato.

Pulau-pulau kecil sekitar Athens menjadi tempat kelahiran tokoh seperti Hippokrates bapa kedoktoran dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan hebat di dunia. Sukan Olimpik yang pertama juga berasal dari sini, dari Yunani.

 

The Acropolis of Athens Di Greece

 

Yang menjadi daya tarikan utama dari Akropolis adalah kerana adanya Candi Parthenon (Temple of Athena Parthenos) terletak di tengah-tengah bukit ini. Parthenon adalah candi dari Dewa Yunani Athena yang dianggap sebagai dewa pelindung dari rakyat Athena.

Ia dibangun selama 25 tahun pada abad Ke-5 sebelum Masehi. Ini adalah bangunan yang terutuh dari bangunan kuno Yunani. Dekorasi patung-patungnya dianggap sebagai yang bernilai seni tertinggi dari zamannya.

Manakala Parthenon dipakai sebagai simbol dari bekas demokrasi Yunani Kuno dan merupakan monumen sejarah terbesar dunia. Pihak berwajib Greece semakin tegas dalam usaha memelihara sejarah dan nilai yang ada di Athena ini. Ia kini dijaga rapi dan dikawal sebaiknya untuk dijadikan tumpuan pelancong. 

 

The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece

 

Masuk sahaja ke kawasan Acropolis of Athens ini, ia memberikan satu pandangan baru MrJocko kepada sejarah lama Athens. Yunani yang dulu terkenal memang punyai banyak rahsia yang mungkin belum terungkap sehingga hari ini. Bayangkan lokasi ini ribuan tahun yang dulu. Bagaimana agaknya situasi di sini.

 

The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece

 

Sudah pasti destinasi Acropolis of Athens ini adalah destinasi wajib lawat kalau ke Greece. Ia memang satu destinasi pelancongan paling popular di sini dan menjadi nadi kepada banyak sumber sejarah ilmu zaman keagungan Athens Yunani.

Mungkin korang boleh rujuk buku-buku lama dan sejarah lama Yunani dan Greek.

 

The Acropolis of Athens Di Greece The Acropolis of Athens Di Greece

 

Tiket masuk ke Acropolis of Athens ini ialah EUR20 bagi orang dewasa dan PERCUMA kepada mereka yang dibawah umur 18 tahun samada di Acropolis of Athens dan juga Museum Athens.

Maklumat lanjut boleh baca di laman web ini http://odysseus.culture.gr/h/3/eh351.jsp?obj_id=2384. Terbang ke  Greece dengan promosi tiket murah dari FlyScoot yang terbang terus dari Singapura ke Athens. Baca sini http://www.mrjocko.com/2017/06/scoot-inaugural-flight-ke-athens-greece.html

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.