Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

The Avengers 2 Age Of Ultron Ada Watak Hero Baru

 

Filem The Avengers yang pertama ternyata berjaya memukau ramai peminat filem superheroes, tambah-tambah lagi peminat filem komik dari Marvel. Gandingan hero Marvel terbaik seperti Ironman, Thor, Captain America, The Hulk, Black Widow, Clint Barton serta Pengarah Nick Fury sebagai mastermind. Kini, mereka akan berkumpul sekali lagi dalam filem terbaru The Avengers 2 Age of Ultron.

 

Filem The Avengers 2 Age of Ultron ini khabarnya akan mula menemui peminat pada 23 April 2015 di Korea Selatan. Untuk filem terbaru ini, ada hero baru yang diperkenalkan untuk memantapkan lagi filem tersebut. Permulaan cerita Age of Ultron ini, ramai yang menjangkakan bahawa Spider-man di bawa masuk ke filem The Avengers 2 ini. Tetapi ramai peminat Spider-man akan kecewa rasanya bila sehingga hari ini masih belum ada berita tentang watak Spider-man di dalam filem The Avengers 2.

 

 

 

 

The Avengers 2 Age Of Ultron
The Avengers 2 Age Of Ultron

 

The Avengers 2 Age Of Ultron

 

The Avengers 2 Age Of Ultron
Quicksilver and Scarlet Witch

 

 

Khabarnya watak hero baru dalam filem The Avengers 2 Age of Ultron memperkenalkan hero Quicksilver – Pietro (lakonan Aaron Taylor Johnson) dan watak Scarlet Witch – Wanda Maximoff (lakonan Elizabeth Olsen). Nampaknya dua watak baru ini tidak ramai yang ketahui dan mungkin jarang sekali kita dengar.

 

 

Sinopsis The Avengers 2 ini bermula dengan projek yang dilakukan oleh Tony Stark (Ironman) yang kemudiannya dengan tidak sengaja ia menyebabkan huru hara berlaku sehingga menyebabkan kumpulan The Avengers terpaksa berkumpul sekali lagi untuk memperbetulkan keadaan. Kali ini, kumpulan The Avengers mendapat bantuan dua superheroes baru iaitu Quicksilver dan juga Scarlet Witch.

 

Untuk cerita penuh dan merasai kehebatan The Avengers 2 Age of Ultron, kita tunggu tayangan filem ini di Malaysia yang berkemungkinan akan menemui penonton di Pawagam berhampiran pada tarikh yang sama, 23 April 2015.

 

 

 

 

The-Avengers-2-Age-Of-Ultron-Poster
Hero Baru The Avengers 2 Age of Ultron

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.