Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

The Gundam Base Tokyo Jual Produk Mainan Gundam

The Gundam Base Tokyo Jual Produk Mainan Gundam Terbaru Dan Limited. Ya, di sinilah lubuk peminat mainan figurines watak Gundam yang telah terkenal sejak tahun 1979. Bermula dengan nama Mobile Guit Gundam, jenama dan watak Gundam kini semakin canggih dan terkenal serata dunia.

Berada di negara asal kelahiran watak ini, pertama kali dicipta dan dibangunkan oleh Yoshiyuki Tomino dan Hajime Katoki, salah seorang pencipta anime mecha terhebat di Jepun. Gundam kini terkenal dengan watak hebat untuk siri Animasi Jepun, Komik Mangga, Novel, permainan video dan juga filem.

Baca : Robot Raksaksa Gundam RX-0 Unicorn di Odaiba Jepun

 


The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo Jual Produk Mainan Gundam Terbaru Dan Limited

Terletak di Tingkat 7, bangunan Diver City Plaza Tokyo, The Gundam Base Tokyo menjadi antara destinasi wajib ramai peminat anime di Jepun. Tak kira usia, mainan Gundam ini memang menjadi koleksi ramai peminat serata dunia. Bermula dari koleksi yang kecil hingga ke saiz manusia berskala 1/12. Ada harga mainan Gundam ini mencecah harga ratusan ribu ringgit dan punyai koleksi yang terhad.

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

Bermula dengan bentuk robot yang agak petak, kini model-model Gundam terbaru banyak diterapkan rekaan yang lebih moden dan cantik. Ada banyak model robot Gundam, tetapi antara yang paling terkenal ialah model Gundam RX-78-2, Gundam Astray, Gundam Zaku dan yang terbaru model Unicorn Gundam. Kalau nak kira, banyak lagi model yang ada, hanya peminat setia Gundam kenal bentuk dan model Gundam dari Jepun ini.

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

Baca : MrJocko juga peminat Big Boys Toy

Tidak seperti watak animasi Transformers, model Gundam digerakkan oleh pemandunya. Setiap model Gundam mempunyai pemandu yang tersendiri yang mempunyai keserasian dengan gergasi robot mereka. Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat filem animasi Gundam.

yang pasti, jika ada sampai di The Gundam Base Tokyo ini, pasti akan teruja melihat ribuan koleksi mainan Gundam dan juga koleksi merchandise lain seperti cenderahati, t-shirt, key chain, soft toy dan banyak lagi, boleh anda dapat beli di sini.

Ada yang lebih menarik, banyak koleksi di sini adalah model Gundam Limited Edition. Bayangkan kalau anda sendiri punyai koleksi edisi terhad Gundam, pasti akan merasa puas.

The Gundam Base Tokyo

The Gundam Base Tokyo

Yang nak tahu lebih lanjut tentang sejarah dan perkembangan Gundam ini boleh baca di Gundam Wikipedia. Ada banyak informasi berkaitan dan cerita yang mungkin ramai tidak tahu tentang keunikkan dan kehebatan watak Gundam ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.