Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

The Kid From The Big Apple Sarat Dengan Kasih Sayang

Mulanya tidak terfikir untuk singgah menonton prebiu filem terbaru ini di Pawagam. Namun sebab sifat ingin tahu MrJocko penuhi jemputan pihak penganjur dan wakil dari PR company dan Three Productions.

MrJocko akui, filem The Kid From The Big Apple sarat dengan mesej Kasih Sayang.

Filem ini, mengisahkan ‘Sarah’ dibesarkan di New York oleh ibunya Sophia Lin, dibawa melawat Malaysia buat kali pertama. Dia terpaksa ditinggalkan bersama Datuknya, Gen disebabkan ibunya mempunyai urusan penting di China.

Konflik mula timbul bila Sarah tidak mahu tinggal bersama Datuknya di Malaysia dan ingin balik ke New York. Dalam keadaan terpaksa, Sarah terpaksa mengalah dan tinggal dengan Datuknya.

Dari perasaan benci dan marah, kemudian semakin lama semakin Sarah mula menerima Datuknya. Tetapi berjayakah Sarah menyesuaikan diri dengan Budaya Malaysia, rakan-rakan baru serta cara hidup di Malaysia?

 

The Kid From The Big Apple film
Poster The Kid From The Big Apple

 

MrJocko secara peribadi ‘recommend‘ korang untuk singgah dan tonton filem terbaik ini. Ia memang sarat dengan moral, nasihat, kasih sayang serta nilai hidup yang menusuk sanubari sesiapa sahaja yang menontonnya.

Filem ini adalah terbitan ‘Three Production’ dan telah memenangi 4 Awards di 7th Macau International Movie Festival baru-baru ini. Antara anugerah yang dimenangi ialah Best Writing, Best Actor, Best Supporting Actor dan juga Best Newcomers.

Untuk info, keseluruhan penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, tetapi jika anda menonton filem ini, anda akan lihat beberapa scene seperti dirakam di China dan juga New York. Nampak macam real, seperti scene di Airport dan scene ketika Sophia menggunakan public phone di ‘New York’.

the kid from the big apple 04
The Kid From The Big Apple

The Kid From The Big Apple Awards The Kid From The Big Apple

Watak Sarah memang nampak berat, tetapi dibawa dengan baik. Tak hairan kalau dia menang award. Banyak scene yang menarik membawa mesej keluarga mendalam kepada kita semua, tidak kira bangsa dan umur.

Ini adalah garapan hebat hasil produksi dan juga arahan hebat Jess Teong serta sokongan padu dari syarikat hartanah terkenal di Malaysia, iaitu Mah Sing sebagai CSR yang akan kemudiannya menyumbangkan hasil keuntungan dari filem ini kepada bantuan pihak yang memerlukan.

Filem kekeluargaan ini, antara filem keluarga terbaik pernah MrJocko saksikan. Jangan tunggu lagi, saksikan sendiri filem The Kid From The Big Apple ini. Ia akan mula ditayangkan di Malaysia pada 10 Mac 2016 di pawagam berhampiran anda.

Kat mana nak tonton filem The Kid From The Big Apple? Jom ramai-ramai ke GSC Cinemas.

The Kid From The Big Apple film

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.