Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

The Pet Safari Ikano Power Centre Damansara Petaling Jaya

Kalau anda seorang yang minat dengan haiwan peliharaan, anda mesti teringin ke The Pet Safari Kuala Lumpur. Lokasi The Pet Safari berada di Tingkat 2 bangunan IPC (Ikano Power Centre) Mutiara Damansara. Ruang di The Pet Safari ini memang luas dan dipenuhi dengan pelbagai pilihan aksesori dan barangan berkaitan haiwan peliharaan.

Di kedai haiwan ini, ada bahagian untuk jualan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, anjing, ular dan beberapa jenis serangga lain. Ada juga akuarium air tawar dan air masin, ruang jualan barangan makanan haiwan, aksesori haiwan, bilik grooming dan banyak lagi.

Di kedai ini, ada menjual haiwan seperti anjing, kucing, hamster, ular, kala jengking, kura-kura dan pelbagai jenis haiwan peliharaan lain. Pendek kata, kat sini ada cukup lengkap untuk anda lengkapkan hobi memelihara haiwan peliharaan.

pet safari ikano

Baca : Mutiara Damansara Ada Indoor Theme Park

 


The Pet Safari Ikano Power Centre Damansara Petaling Jaya

pet safari ikano

pet safari ikano

pet safari ikano

pet safari ikano

 

Ada banyak barang kat Pet Safari murah dari harga runcit biasa. Antara yang menarik, pasir untuk kucing, harga cuma RM16.90++ bagi setiap 1.5kg. Murah tu kerana biasa saiz 1.5kg dijual dengan harga lebih RM20 setiap paket 1.5kg.

Jadi, kalau anda singgah ke Mutiara Damansara, singgah la ke kedai haiwan peliharaan ini. Anda mungkin boleh gembirakan hati anak-anak anda dengan adanya pelbagai jenis haiwan peliharaan di sana. Masuk Percuma, jangan risau…

Kawasan Ikano ni ada banyak lagi tempat menarik yang lain termasuk The Curve, Ikea Damansara dan juga Tesco. jadi kalau ke sini, tidak lah bosan sangat. Selepas ke kedai haiwan, boleh shopping barang rumah, boleh shopping pakaian dan juga boleh bersantai di dalam bangunan yang besar ini.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.