Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kembara Dunia Magik The Wizarding World of Harry Potter

Peminat Harry Potter mesti akan sanggup buat apa sahaja kalau untuk ke Universal Studios Japan. Sebab, di dalamnya ada taman tema yang hebat, dikenali sebagai The Wizarding World of Harry Potter, kota dan dunia Harry Potter bersama bandar Hogwarts Castle. Berada di sini umpama mengembara di dunia Magik Harry Potter.

Dunia Magik Harry Potter dibina di dalam Universal Studios Japan untuk pengunjung yang mahu merasakan dunia filem Harry Potter dan rakan-rakannya. Susah nak gambarkan dengan perkataan, hanya siapa yang pernah ke sini, tau bagaimana perasaan berada di dalam dunia Harry Potter 🙂

Dunia Harry Potter ini adalah Dunia Menarik di Universal Studios Japan

 

The Wizarding World of Harry Potter USJ
The Wizarding World of Harry Potter

 

Banyak yang korang mesti suka kalau ke dunia Harry Potter ni. Bangunan yang dibina, suasana sejuk di sini, pelbagai tarikan yang ada, jualan barangan cenderamata dan semestinya ride ‘Harry Potter and The Forbidden Journey Universal Studios Japan”. Ini adalah tarikan utama bagi peminat Harry Potter seluruh dunia.

 

Wizarding of Harry Potter

The Wizarding World of Harry Potter Osaka

 

 

Memasuki pintu The Wizarding World of Harry Potter, kami dah rasa keterujaan bila mana kami melalui pokok-pokok yang dibina menuju sehingga ke pintu gerbang bandar magik ini. 

Pintu gerbang besar dan juga kepala keretapi Hogwarts Express menyambut kami dan kami dibawa masuk sehingga ke laluan menuju ke Hogwarts Castle. Kiri kanan dan depan belakang, anda terasa seperti seorang pelajar di Hogwarts School :).

The Wizarding World of Harry Potter USJ 02 The Wizarding World of Harry Potter USJ 03 The Wizarding World of Harry Potter USJ 04 The Wizarding World of Harry Potter USJ 05 The Wizarding World of Harry Potter USJ 06

 

Paling menjadi tumpuan ialah panjangnya pengunjung yang beratur untuk mencuba keseronokkan bermain di ride “Harry Potter and The Forbidden Journey“. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mencuba ride yang pernah di undi sebagai ‘Theme Park Ride Terbaik di Dunia” ini.

MrJocko juga diberi peluang mencuba ride ini dan ia seumpama pengalaman bermain Quiddicth bersama pasukan Harry Potter dan menyelamatkan dunia dari ancaman Ahli Sihir yang jahat.

 

 

 

The Wizarding World of Harry Potter USJ 07 The Wizarding World of Harry Potter USJ 09 The Wizarding World of Harry Potter USJ 10 The Wizarding World of Harry Potter USJ 11The Wizarding World of Harry Potter USJ 12 The Wizarding World of Harry Potter USJ 13The Wizarding World of Harry Potter USJ 14 The Wizarding World of Harry Potter USJ 16

 

Sebelum menjelang petang, sekitar jam 4.30 pm, ada beberapa persembahan koir dari pelajar Hogwarts. Anda mesti saksikan persembahan ini dan berpeluang untuk bergambar dengan mereka secara dekat. Hebat kan???

The Wizarding World of Harry Potter USJ
The Wizarding World of Harry Potter

The Wizarding World of Harry Potter USJ 17 The Wizarding World of Harry Potter USJ 18

 

Sudah tentu separuh hari di Dunia Magik Harry Potter Universal Studios Japan tidak cukup. Ini kerana ada banyak yang boleh nikmati keseronokkan di Universal Studios Japan.

Ambil peluang untuk ke sini dan InsyaAllah, MrJocko sendiri akan ke sini untuk pengalaman bercuti di Universal Studios Japan bersama AirAsiaX.

https://www.usj.co.jp/e/attraction/att_detail/the-wizarding-world-of-harry-potter.html

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.