Kuala Lumpur adalah syurga makanan di Malaysia. Kini, ia lebih meriah dengan kehadiran TheLove MaTiC Hidang Menu Tradisional Satu Malaysia. Menu terbasik seluruh negara, kini dihimpumkan didalam satu restoran yang menawarkan pelbagai citarasa terbaik.
Dari Sabah Sarawak, hingga ke negeri Johor membawa hingga ke Perlis. Tidak lupa, menu Pantai Timur dan juga beberapa menu terbaik Pantai Barat Malaysia dibawakan di sini untuk menjadikan lokasi TheLove Matic antara destinasi restoran terbaik di Kuala Lumpur.
TheLove MaTiC Hidang Menu Tradisional Satu Malaysia
Seingat MrJocko, restoran ini dulu terkenal dengan jenama Saloma, dan kemudian diubah menjadi WOW KL dibawah pengurusan baru.
Kini, ia dijelmakan dengan nama TheLove MaTiC menghidangkan menu yang lebih segar, mengetengahkan menu Tradisional Malaysia dari 13 buah negeri dengan sekitar 40 menu yang disediakan oleh Chef terbaik.
Antara menu yang menarik di sini, menu Gulai Daging Cincang dari negeri Perak, Ikan Singgang Tongkol dari Terengganu, Nasi Kerabu dari Kelantan, Ayam Masak Daun Kodok dan banyak lagi termasuk kuih muih tradisional.
Baca : MrJocko dan Restoran Review


Lebih menarik, TheLove MaTiC Kuala Lumpur kini dibuka selama 24 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Bermakna, bukan sahaja ada menu sarapan pagi, malah akan ada banyak lagi menu makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga supper. Yes!!!
Dengan kemudahan ruang parkir percuma bagi pelanggan restoran TheLove MaTiC, pasti ia satu kelebihan. Lebih-lebih lagi, lokasi restoran ini terletak berhadapan dengan pusat tarikan pelancong utama di Kuala Lumpur, iaitu The MaTiC Kuala Lumpur.
Setiap malam akan diadakan persembahan kebudayaan untuk persembahan kepada pelanggan restoran, khasnya untuk pelancong asing. Persembahan kebudayaan ini akan berganti-ganti mengikut kesesuaian.
Untuk info lanjut layari laman Facebook TheLove MaTiC
Untuk info, Restoran TheLove MaTiC Kuala Lumpur ini mempunyai beberapa dewan untuk sebarang aktiviti dan event. Ia termauk Dewan Kinabalu yang boleh memuatkan seramai 350 orang.
Manakala Dewan Trusmadi, lebih kecil dengan boleh memuatkan sekitar 150 orang. Dan Dewan Deliwatch boleh memuatkan seramai 120 orang. Setiap dewan dan bilik ini dilengkapi dengan kemudahan LCD SCreen dan juga audio untuk kegunaan tempahan.
Ruang Outdoor khas bagi yang mahukan kelainan, menjalankan aktiviti dan event secara open air diruang legar TheLove MaTiC Kuala Lumpur. Ia boleh memuatkan sekitar 110 orang.