Tiket Bas Ke Pantai Timur Sold Out
|
Bila tiba musim perayaan, teringat time muda-muda, masa bujang duduk di KL. Masa nak balik kampung time raya, punya la susah nak dapatkan tiket. Balik kampung time tu samada naik bas atau keretapi. Nak balik naik flight, mana mampu, gaji kecik.
Kalau masa dulu, nak beli tiket terpaksa la le stesen Hentian Putra atau Pudu untuk cari tiket. Kalau terlalu awal, tiket belum dijual. Kalau lambat, alamatnya tiket habis. Dulu bukan ada Tiket Bas Online macam sekarang.
Macam sekarang, tiket bas balik ke Pantai Timur, tarikh 16 dan 17 Ogos 2012 semua sudah habis dijual. Nampak sangat ramai orang Pantai Timur ni ramai duk di KL.
Tapi biasanya, kalau tiket bas ni habis, selalunya akan ada tiket bas tambahan. Cuma berhati-hati la pasal MrJocko pernah sekali naik bas tambahan, pengalaman memang teruk. Satu lagi, jangan beli tiket dari Ulat, banyak kes yang kena tipu, duit abis, bas tak muncul-muncul.
Glamorous MrJocko