Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tiket Keretapi BTS One Day Pass LRT Di Bangkok Thailand

Salah satu tips kalau anda ke Bangkok dan berada sekitar Bangkok sahaja, MrJocko amat mengesyorkan anda semua untuk menggunakan Tiket BTS One Day Pass semaksima mungkin selama satu hari di Bangkok. Anda boleh dapatkan BTS One Day Pass ini di mana-mana Kaunter Tiket di Stesen LRT BTS dengan harga sekitar Baht130 (bersamaan RM15).

BTS atau namanya Bangkok Mass Transit System adalah salah satu sistem pengangkutan Skytrain di Bangkok. Ia adalah antara jaringan laluan keretapi paling popular dan mudah akses di sekitar Bangkok dan kawasan sekitar.

Baca : Tempat Shopping Weekend Best di Bangkok Thailand

 


Tiket Keretapi BTS One Day Pass LRT Di Bangkok Thailand

BTS One Day Pass Bangkok Skytrain Monorail
 

Kegunaan Pass Satu Hari BTS ini memang memudahkan sesiapa sahaja kalau berada di Bangkok. Banyak lokasi tumpuan pelancong dan lokasi menarik di Bangkok seperti Madame Tussauds, Sea Life Ocean World, MBK Center, Central World, Siam Paragorn dan banyak lagi memang cuma berada dalam kawasan ‘walking distance’ dari stesen LRT, MRT atau Monorail di Bangkok.

Sebab itu, kalau anda berada di Bangkok dan bercadang nak explore bandaraya Bangkok, pakai sahaja BTS One Day Pass ini untuk transit anda ketika di Bangkok.

 

BTS One Day Pass Unlimited Bangkok 02 BTS One Day Pass Unlimited Bangkok 03 BTS One Day Pass Unlimited Bangkok 04 BTS One Day Pass Unlimited Bangkok 05 BTS One Day Pass Unlimited Bangkok 06
 

Untuk kemudahan anda ketika di Bangkok, boleh semak Peta laluan BTS Skytrain, MRT, ARL, BRT dan Monorail yang berkaitan di sekitar bandar Bangkok.

Bangkok-transit-map
Bangkok Transit Map

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.