Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tiket Kemasukkan Skybridge KLCC Naik Kepada RM80

Harga Tiket Kemasukkan Skybridge KLCC Naik Kepada RM80. Rasa macam dah mahal, tidak seperti dulu. Nampaknya kena la berkira-kira balik untuk naik ke sana.

Mula-mula MrJocko naik ke Petronas Twin Tower dan Skybridge KLCC pada tahun 2003. Masa tu ada meeting dengan staff Petronas dan ia berkonsep official. Jadi tak leh la nak lebih-lebih bila ada peluang melalui SkyBridge KLCC.
Selepas tu memang dah tak pergi lagi dah. Tak ada peluang nak singgah sana. Kalau ada pun, malas nak beratur panjang semata-mata nak naik ke sana. 
Tadi dapat info yang harga untuk harga Tiket atau Admission Fee ke Petronas Twin Towers dan KLCC Skybridge dah naik. Kalau dulu harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Sekarang harga  Tiket atau Admission Fee ni sudah dinaikkan kepada RM80 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
bagaimanapun tiket untuk pemegang MyKad dan MyKid masih dengan harga asal iaitu RM25 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.