Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tiket Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014

Kalau sesaper yang dah beli tiket ni mesti dah tau tiket apa, kan? Sesiapa yang belum beli, pun mesti tau ni tiket apa, kan? Abis tu, buat apa lak nak tulis entry ni???
Tadi dah keluar berita tiket perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 antara Malaysia vs Singapura, 2nd Leg sudah abis dijual. Dengar kata kesemua 85,000 tiket sudah sold out. Sejak semalam lagi, awal pagi tiket pembelian menerusi internet atau online sudah abis ditempah.
Malam ni pulak diberitakan tiket di kaunter semua sudah habis dijual. Ramai yang mengeluh. Ramai yang frust pasal tak dapat tiket. Tapi nak salahkan saper, pasal tiket tu orang lain dah beli awal2. Yang pegi beli lambat kenapa?
Aku pun tak sempat nak beli. Melepas nak tengok kat stadium perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil.
Harap2 esok malam ada siaran langsung perlawanan Malaysia vs Singapura ini. Keterujaan rakyat Malaysia untk melihat pasukan Harimau Malaya menang sekurang2 nya memperolehi jaringan 2 – 0 untuk terus melangkah ke pusingan seterusnya.
Perlawanan 1st Leg di Singapura agak menyedihkan bila Malaysia kalah 3 gol berbalas 5 gol. Dengan sokongan lebih 85,000 penyokong Malaysia, harap ia memberi semangat untuk kemenangan Malaysia.
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.