Site icon Travel Blogger Malaysia

Tips Anak Malas Belajar – Apa Nak Buat?

photo-1-744882

photo 1 744882

Ramai ibubapa yang mengalami masalah bila anak-anak malas nak belajar. Ramai anak-anak lebih suka menonton TV atau bermain berbanding anak-anak yang suka buat kerja rumah dan membaca buku. Macamana nak ajar anak-anak untuk rajin belajar?

 

MrJocko tak ada formula yang bagus, cuma buat masa sekarang, ada beberapa perkara dan aktiviti yang MrJocko dan Wife buat untuk membiasakan anak-anak buka dan baca buku. Antaranya :

Biasakan Buat Homework Bersama-sama

Dalam bab ini, Wife MrJocko rajin layan anak-anak buat kerja rumah. Biasanya setiap malam selepas Maghrib. Paling kurang pun satu mata pelajaran, lepas tu boleh la kalau nak bagi diorang tengok TV.

Ceritakan Kelebihan Orang Berjaya.

Selalu kongsi cerita yang best-best pasal orang yang pandai belajar, gaji besar dan punya future yang cerah. Tanamkan perasaan ingin jadi orang berjaya dalam diri anak-anak.

Ceritakan Juga Kelemahan Orang Yang Malas Belajar.

Tunjukkan contoh kepada anak-anak, kalau mereka malas, nasib mereka mungkin akan hidup sudah. Biar mereka tahu, betapa susahnya mencari rezeki.

Galakkan Minat Mereka Seiring Dengan Pembelajaran.

Anak-anak memang punyai minat dan cita-cita mereka sendiri. Guide mereka dan bimbing ke arah yang betul. Orang yang berjaya bukan semata-mata berjaya dengan sekeping Ijazah, tetapi berjaya dalam semua bidang samada ilmu dan spiritual.

Ada Kerja, Ada Reward.

Biar apa orang kata, MrJocko tanamkan sifat, nak sesuatu kena usaha. Nak dapat hadiah, kena buat kerja. Jangan biasakan anak-anak dengan kesenangan melampau.

Belikan Mainan Berasaskan Education.

kalau nak ambil hati anak-anak, belikan mainan yang berbentuk education. Mainan pun dapat, ilmu dari pembelajaran itu pun dia dapat.

Itu sahaja yang boleh MrJocko kongsi setakat ini. Ini sekadar pandangan sahaja, mungkin tidak sesuai dengan anda. Kalau ada tips lain, apa kata share dengan MrJocko.

Glamorous MrJocko

Exit mobile version