Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar Supaya Lebih Bersih

Ramai antara kita yang mempunyai kenderaan seperti motorsikal dan kereta. Kalau setakat motosikal tu boleh la kita basuh kat rumah. Tapi kalau kereta, kebiasaannya terpaksa hantar ke car wash atau tempat cucian kereta. Bagi yang menetap di rumah teres, semi-d atau banglo, mungkin lebih senang membasuh kereta di halaman rumah. Ini nak share tentang Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar Supaya Lebih Bersih.

Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar

Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar Supaya Bersih
Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar

 

Ada sedikit tips tentang membasuh kereta luar dan dalam. Ramai yang pernah mengupah tukang basuh kereta yang menggunakan basikal yang berlegar sekitar parkir pejabat dan kawasan perumahan. Mereka selalunya membawa 2 tong air dan kain pengilat kereta. Bayaran yang dikenakan selalunya RM5-RM8 bagi setiap cucian kereta. Berbaloi ke?

Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar

Langkah Membasuh Kereta

1. Sembur air dalam langkah pertama untuk membuang pasir dan kotoran kasar.

2. Sembur buih sabun untuk hilangkan habuk dan kotoran halus

3. Gosok dan lap kereta

4. Bilas dengan air untuk cuci segala kotoran

5. Lap dan keringkan

6. Vakum dalaman untuk bersihkan habuk dan debu yang melekat dalam kereta.

7. Polish dan Wax (kalau perlu)

 

Gunakan Buih Sabun

Mungkin ramai yang tak tahu fungsi Snow Wash atau semburan buih sabun ketika membasuh kereta. Buih sabun ini penting untuk mengelakkan kereta anda dari calar atau terguris dari habuk kecil yang kasar. Dengan ada buih, ia akan melembutkan kawasan tersebut dan tidak akan merosakkan cat kereta anda.

Bilas kereta dengan kain khas untuk menjaga cat supaya tidak mudah rosak. Kalau pakai kain yang punyai gentian kaca ‘fibre’ ia mungkin akan mengikis cat anda sedikit demi sedikit. Lama-lama cat akan mula menjadi pudar dan rosak. 

Penjagaan kebersihan kereta luar dan dalaman amat penting kerana ia mencerminkan siapa kita. Kalau boleh seminggu sekali singgah la untuk cuci kereta. Kalau rajin, basuh sendiri kat rumah. Kalau kereta kotor luaran mungkin masih okay, tetapi kalau dalam kereta pun berbau hapak semacam, ades, malu kalau tiba-tiba member nak tumpang… 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.