Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Beli Air Murah Vending Machine Di Negara Jepun

Melancong ke Jepun memang seronok. Bukan sebab ia negara orang, tetapi sebab ada banyak benda yang menarik boleh kita lihat. Lagi menarik, kembara di Jepun, anda hanya perlu banyak berjalan atau menaiki keretapi. Bila banyak berjalan, pastu cepat dahaga. Ini Tips Beli Air Murah Vending Machine Di Negara Jepun yang mungkin ramai tidak tahu.

Di Jepun ada banyak mesin Vending Machine di sepanjang jalanraya, lorong atau berhampiran shopping mall. Lebih menarik, kebanyakkan harga air tin yang di jual di Vending Machine ini mempunyai harga yang standard.

Tetapi, kalau anda perasan, ada beberapa mesin vending ini menjual air Tin, air Botol atau air kotak dengan harga hanya 100 Yen sahaja, berbanding harga biasa 120 Yen atau 160 Yen.

Baca : Berapa Kos Travel bajet Ke Jepun

Beli Air Murah Vending Machine

Tips Beli Air Murah Vending Machine Di Negara Jepun

 

Tak kira samada anda travel ke Jepun untuk melihat bunga Sakura atau Cherry Blossoms, pemandangan Gunung Fuji, kemajuan kota di Tokyo dan banyak lagi, pasti akan terjumpa dengan Vending Machine menjual air di Jepun. 

Kalau nak beli air tin, air botol atau air kotak di Jepun, pastikan cari dulu Vending Machine yang menjual dengan harga 100 Yen sahaja. Bayangkan kalau harga 100 Yen (RM4) anda boleh jimat hampir RM1 bagi setiap air tin atau air botol yang korang beli.

Di Osaka, khususnya di Shinsaibashi Street atau di Dotonbori, ada banyak Vending Machine yang jual air cuma 100 Yen sahaja. Cari jer, InsyaAllah boleh jumpa.

Satu lagi tips nak beli air Vending Machine di Jepun, perhatikan label yang dijual. Kalau label warna Biru ia adalah air sejuk dan kalau label Merah ia adalah air panas…

 

Tips Beli Air Murah Vending Machine Di Negara Jepun Tips Beli Air Murah Vending Machine Di Negara Jepun

 

Selain dari Vending Machine di Jepun, ada juga beberapa kedai yang menjual produk minuman dan makanan dalam tin atau snack yang murah. Of course makanan dalam tin kena tengok dulu untuk pastikan ia halal. Tetapi untuk air, ada banyak air yang murah dijual di kedai serbaneka atau convenience store Matsumoto KiYoshi.

Harga air Teh Hijau Oishi Green Tea ini kadang-kadang dijual dengan harga 100 Yen juga. Lagipun kedai ini adalah antara kedai Japan Tax Free Shop. Menarik bukan sebab, kat Malaysia tak ada kedai sebaneka seperti ini yang Tax Free.

 

beli air murah di Jepun beli air murah di Jepun

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.