Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX Travel Blogger Malaysia

Aku rasa ramai yang setuju bahawa, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik pernah kita jumpa di Malaysia. Ramai mungkin nak tahu rahsia untuk dapatkan tiket murah AirAsia. Sekarang, MrJocko sebagai travel blogger Malaysia nak kongsi sebenarnya Ada Tips Beli Tiket Murah AirAsia.

Aku sendiri, sudah banyak kali menggunakan khidmat AirAsia dan kebanyakkan nya aku berjaya mendapatkan harga tiket di AirAsia serta AirAsiaX TERBAIK dan TERMURAH berbanding syarikat lain.

 


Tips Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX

tiket-murah-airasia-airasiax
 

Setakat ini, antara pembelian tiket AirAsia yang TERBAIK dan TERMURAH pernah aku dapat ;

International
1. Gold Coast RM850 Return (Beli)
2. Gold Coast RM550 Return (Cancel – Xbeli)
3. Incheon, South Korea RM255 Return (Beli)
4. Tokyo, Japan RM250 Return (Cancel – Xbeli)
5. Bali, Indonesia RM250 Return (Beli)
7. Ho Chi Minh RM120 Return (Beli)

 

Malaysia
RM”0″ Fares
Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu

 

Tips Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX
 

Antara Tips dan Cara untuk mendapatkan tiket tambang murah AirAsia adalah :

1. Tunggu tawaran @ offer dari Newsletter AirAsia. Selalunya “0” Fares atau sale RM9.90, macam aku beli dulu. Walaupun masa travel masih jauh, sekitar 8 bulan ke 10 bulan kehadapan, aku beli dan berharap masa “date travel” aku boleh bercuti. Mungkin ramai yang cakap lama sangat tempoh untuk travel, mungkin ada urusan lain, terpaksa kansel. So, soalan aku, kalau kita dapat harga RM10 ke Langkawi, Kota Kinabalu atau Kuching, sanggupkah kita biarkan tiket tu “hangus” jika kebetulan masa itu kita ada urusan lain yang penting? Kalau aku, aku sanggup…

2. Beli untuk tempoh sekurang2 nya 5 bulan sebelum tarikh berlepas. Selalunya harga yang ditawarkan adalah sekitar 70% murah dari harga normal.

3. Terhadkan beli tiket penerbangan SAHAJA. Korang tak perlu beli Bagasi, Makanan, Comfort Kits, Insurans atau Skybus. Semua ini anda boleh beli kemudian hari, at least 3 hari sebelum berlepas. Maksudnya, beli tiket dulu, yang lain korang beli kemudian bila ada duit.

4. Beli tiket flight pada hari ‘weekdays’ seperti Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Biasanya hari seperti ini dijual dengan harga yang murah kerana ramai yang berkerja.

5. Beli tiket 1 sahaja, atau jika bernasib baik untuk 2 tiket flight sahaja. Semasa tawaran murah di AirAsia berlangsung, jika anda orang pertama dapatkan date penerbangan, mungkin anda akan dapat tiket murah ‘gila’ sehingga 4 tiket. Tetapi, sebaiknya anda beli 1 tiket pada satu masa untuk dapatkan harga terendah dan termurah di AirAsia.

Ini adalah Rahsia beli tiket murah AirAsia dan AirAsiaX yang pernah MrJocko gunakan dan berjaya. Mungkin anda ada tips lain untuk beli tiket murah di AirAsia? Apa kata kongsi pengalaman anda beli tiket flight murah AirAsia?

Ini bukti MrJocko beli tiket murah AirAsia http://www.mrjocko.com/2013/09/bukti-senang-beli-tiket-murah-airasia.html

Tips Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX

8 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.