Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Bergambar Di Pintasan Saloma Kuala Lumpur

Waktu mula-mula jambatan ini dibuka awal tahun 2020, ramai yang menyerbu untuk ke sini, bergambar dengan ikon baru Kuala Lumpur. Bila dah terlalu ramai, nak bergambar dengan selesa pun susahkan sebab mesti akan ada ‘photobomb’ di sebelah kiri dan kanan. Untuk anda kaki bergambar, ini Tips Bergambar Di Pintasan Saloma Kuala Lumpur yang boleh anda follow.

Memandangkan sejak sebulan yang lepas saya sendiri kerap ke sini dengan aktiviti mengayuh basikal lipat, ada banyak ruang masa yang sesuai untuk anda singgah di sini, merakam gambar-gambar cantik anda di laluan popular Pintasa Saloma Kuala Lumpur ini.

Baca : Pintasan Saloma Port Bergambar Menarik di Kuala Lumpur

 


Tips Bergambar Di Pintasan Saloma Kuala Lumpur

pintasan saloma, saloma bridge,

pintasan saloma, saloma bridge,
 

Sekiranya anda jenis yang suka bangun pagi, waktu Sunrise (matahari terbit) antara waktu sesuai untuk bergambar di Pintasan Saloma. Bukan sahaja view yang sangat cantik, tapi juga keadaan jambatan yang tidak ada ramai manusia membuatkan senang untuk sesiapa sahaja ‘posing’ bergambar angle mana yang mereka mahu.

Pastinya antara jam 6.50 pagi hingga jam 10.00 pagi biasanya kawasang ini masih lengang dengan pelancong.

Sudah pasti ia bukan masa yang ramai suka datang ke sini kerana ramai yang malas bangun pagi kan? Tetapi itulah dia masa sesuai untuk bergambar di sini, jika anda betul-betul mahukan gambar yang famous.

p/s : Gambar di bawah adalah gambar yang sudah di edit untuk kesesuaian saya

pintasan saloma, saloma bridge,

pintasan saloma, saloma bridge,
 

Sebelah malam, jika hari biasa ia sentiasa penuh sehingga jam 12.00 malam (di waktu PKPB). Mungkin jika selepas PKPB, anda boleh ke sini hingga awal pagi untuk dapatkan gambar cantik di waktu malam.

Setakat hari ini, Basikal masih boleh melalui kawasan ini, asalkan ia tidak dikayuh. Bermaksud, kalau anda datang ke sini berbasikal, hormati ketetapan yang telah dibuat. Sebaiknya, tolak sahaja basikal anda supaya ia tidak mengganggu pengguna lain yang ada di sini.

Jadikan Pintasan Saloma sebagai lokasi tarikan pelancongan antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk dinikmati bersama-sama, bukan ntuk kepentingan kita sahaja. Bagi kita yang menggunakan basikal, hormati pejalan kaki, sila tolak basikal anda jika berada di kawasan ini. Terima Kasih 🙂

Pintasan Saloma To Boost Malaysia Tourism

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.