Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Blogging 15 Tips Untuk Naikkan Trafik Blog Anda

Sebelum ini, sebagai blogger di Malaysia, MrJocko ada menulis pengalaman sendiri berdasarkan pembacaan dan knowledge sharing ilmu menulis blog dari rakan-rakan blog terdekat tentang Tips Untuk Naikkan Ranking Alexa. Kali ni MrJocko nak kongsi cara danTips Untuk Naikkan Trafik Blog.

Ia mungkin boleh dijadikan panduan buat blogger baru yang ingin menulis blog dan mengharapkan trafik masuk ke artikel mereka. Ini buka cara yang sempurna, tetapi ia banyak membantu saya dalam menerima trafik dari pembaca baru.

 


Tips Untuk Naikkan Trafik Blog

15 Tips Untuk Naikkan Trafik Blog
Tips Blogging : 15 Tips Untuk Naikkan Trafik Blog

tips-naikkan-trafik-blog-02

tips-naikkan-trafik-blog-03
 

Penulis blog semestinya mahukan pembaca yang ramai masuk melayari blog mereka kerana mahu penulisan, cerita, coretan atau idea mereka dibaca oleh seramai mungkin. Antara cara atau Tips untuk naikkan trafik blog ialah :

 

1. Konsisten Menulis dan Menulis dengan kualiti.

Ada sesetengah blogger otai kata, at least blogger mesti punya satu entry baru setiap hari untuk di baca oleh Unique Visitor dan ia mestilah entry yang bermutu seperti lebih dari 100 patah perkataan, ada isi dan penutup dan ia karya asal, bukan karya yang sudah di ‘copy paste’. Owh! Jangan lupa, jangan gunakan perkataan pendek seperti aku – ditulis ‘aq’, yang – ditulis ‘yg’ atau mereka – ditulis ‘mrk’ dan sebagainya. Sila guna ayat penuh untuk memudahkan pembaca.

 

2. Kongsi URL Blog atau Permalink Anda di Ping Web, Forum atau Search Engine berkaitan.

Bila sudah buat blog atau entry baru, rajin-rajin la kongsi permalink anda di Ping Web seperti Busuk.org, Kartikel.com, Facebook Group atau juga di Search Engine Google, Yahoo atau Bing. Ia seperti anda membuat promosi dan beritahu orang lain yang anda ada entry baru yang mungkin menarik minat mereka untuk membacanya.

 

3. Guna dan Update Blogroll atau Bloglist

Kongsikan URL Blog rakan-rakan blog anda di wall blogroll anda dan InsyaAllah, lambat laun, rakan-rakan lain akan masukkan blog adress anda di bloglist mereka.

 

4. Guna Aplikasi Komen Yang Bagus

Kalau WordPress, aplikasi komen terbaik ialah Comment Luv. Tetapi macam MrJocko guna Blogspot, terpaksa la guna Intense Debate. Bila rakan anda komen, pembaca lain boleh melihat link adress blog mereka dan memungkinkan mereka singgah di blog ‘Pengomen’.

 

5. Buatkan RSS Feed Button untuk pembaca.

Siapkan setting untuk RSS Feed bagi pembaca blog anda. Mereka yang berminat menggunakan RSS Feed blog anda akan tahu adanya entry baru bila mereka menggunakan RSS Feed ini.

 

6. Guna Links dan Selalu masukkan URL Links

Sekiranya anda membuat entry dan merujuk mana-mana blog atau website, masukkan URL Links Blog Rakan atau Website tersebut untuk memudahkan pembaca klik dan terus ke laman blog atau web yang dimaksudkan.

 

7. Gunakan Fungsi Tags

Anda menulis entry dalam pelbagai tajuk dan kategori yang pelbagai. Tags ini memudahkan pembaca melihat berapa kali anda menulis tentang sesuatu kategori dan ada lagi tak kategori yang sama pernah anda tulis di blog anda. Ia akan menaikkan Page Views anda.

 

8. Kongsi URL Permalink Blog anda di Social Bookmark

Kalau boleh rajinkan diri untuk kongsi permalink entry anda di Social Bookmark seperti Digg dan Stumbleupon. Hampir sama dengan Ping Web.

 

9. Guna Teknik Search Engine Optimization (SEO)

Kalau anda terer, teknik SEO ni memang terbaik dan akan menarik pembaca ke blog anda. Nak tahu apa itu SEO, anda boleh beli eBook Teknik SEO Merah Jambu Encik Titan.

 

10. Guna Gambar dalam setiap entry

Bayangkan anda membaca artikel yang tidak punya gambar. Rasanya ramai yang cepat ‘boring’ dan kurang menyerlah. Cuba selitkan gambar yang ada hubungan dengan entry anda.

 

11. Blogwalking

Seperti yang MrJocko share sebelum ini, kalau mahu orang masuk ke blog kita, kita kena masuk ke blog orang lain. Amalkan blogwalk dan komen blog rakan blogger lain dan InsyaAllah mereka akan datang melawat blog anda satu hari nanti.

 

12. Promosi Di Luar Blog

Kalau anda mahu jadi seorang blogger yang serius, anda kena ada Call Card atau Name Card untuk jenama Blog anda. Senang untuk anda tinggalkan contact number kepada pembaca atau potential sponsor.

 

13. Anjurkan Giveaway atau Contest

Kalau blogger Malaysia, mereka sememangnya berminat join giveaway dan contest di Blog. Cara ini boleh bawa trafik yang ramai masuk ke blog anda.

 

14. Calonkan Blog Anda Untuk Award yang dianjurkan.

Setakat ini di Malaysia ada beberapa Awards yang dianjurkan oleh beberapa pihak termasuk Tourism Malaysia dan DiGi Wwwow Awards. Calonkan nama anda untuk tujuan promosi.

 

15. Jangan Malu

Anda mahu jadi blogger yang serius, anda kena jadi friendly, jangan malu dan bergaul dengan blogger atau network lain. Anda blogger dan anda kini seorang selebriti, kena ada istilah ‘Jual Diri’.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.