Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Blogging Asas Blogger Menghadiri Jemputan Event

Sebenarnya MrJocko dah lama nak kongsi pendapat dengan pembaca dan rakan blogger lain tentang Tips Blogging Asas Blogger Menghadiri Jemputan Event. Ini sekadar perkongsian peribadi MrJocko tentang pengalaman sendiri menghadiri pelbagai majlis diatas nama sebagai seorang blogger selama hampir 3 tahun serius dalam bidang blog ini.

Tips BloggingSeorang Blogger

 

1. Anda Tahu Siapa Pemilik Event dan PR 

Sebagai Blogger, perkara yang mula-mula anda harus semak bila menerima jemputan event ialah siapa pemilik event tersebut. 

Contoh : Event Berbuka Puasa DiGi, kita tahu yang pemilik event tersebut ialah DiGi. Jika ia melalui Public Relation Company, pastikan anda tahu PR mana yang akan anda cari semasa majlis berlangsung. 

 

 

 

Income Dari Blog

 

 

 

2. Pastikan Butiran Event Dengan Tepat

Jika anda berminat untuk sertai event tersebut, pastikan butiran asas tentang objectif event, tarikh event, lokasi dan tempat. Ini penting untuk memudahkan anda membuat keputusan yang baik.

 

Sebagai contoh : jika jemputan itu untuk lokasi di Putrajaya, hari bekerja dan waktu malam, secara peribadi MrJocko selalunya akan menolak jemputan tersebut kerana faktor jauh. Ataupun, pastikan anda memilih event yang bersesuaian seperti bagi muslim, tidak sertai event yang berkaitan dengan arak.

 

3. Pakaian Bersesuaian Dengan Event

Setiap event mempunyai nilai dan objektif yang tertentu. Sebab itu, KALAU BOLEH, anda sebagai seorang blogger, mungkin boleh ambil inisiatif untuk memakai pakaian bersesuaian dengan tema event.

 

Contoh : anda dijemput untuk hadiri koktail pelancaran pembukaan hotel baru atau annual dinner, jadi sememangnya pakaian seperti round neck t-shirt dan sandal amat tidak sesuai. Jika jemputan untuk pelancaran sabun atau telefon, boleh sahaja memakai seluar jeans dan t-shirt, tetapi kalau boleh, biar lah berkolar. Untuk event yang santai seperti event bola anjuran Astro ini, anda cuma perlu memakai jersey bolasepak. Mudah kan?

 

 

 

Income Dari Blog

 

 

Tips Blogging

 

 

 

4. Jangan Lambat, Datang Tepat Pada Masa

Selalunya pihak penganjur samada syarikat atau PR akan menetapkan masa 30 minit lebih awal untuk menerima kedatangan media dan blogger. Jika selalunya diletakkan masa pendaftaran 10.00 – 10.30 pagi, biasanya waktu sebenarnya akan dibawa kepada jam 11.00 pagi. 

 

Tetapi, harus di ingat, menepati masa itu lebih penting jika ingin mencipta jenama Blogger yang baik. Sebolehnya, jika pendaftaran bermula pada jam 10.00 pagi, anda sampai pun jam 10.00 pagi.

 

5. Networking Itu Bagus, Tetapi Jangan Over Take PR Punya Kerja

Bagaimana ni??? Ada blogger yang menerima jemputan dari pihak PR atau Marketing Consultant mula memasang plan untuk nego direct dengan syarikat penganjur tanpa melalui PR yang terbabit. Secara normal kita rasa seperti tiada salah, tetapi dalam business melibatkan PR dan Syarikat, biasanya akan ada agreement bahawa syarikat tidak boleh berurusan dengan secara terus dengan blogger atau influencer yang dibawa oleh pihak PR yang telah mereka tugaskan.

 

Contoh : MrJocko menerima jemputan dari PR ABC untuk menghadiri majlis pelancaran produk Syarikat XYZ. Ketika majlis, MrJocko berkenalan dengan Marketing Manager Syarikat XYZ dan bertukar Call Card, dengan harapan pihak Syarikat XYZ akan cari MrJocko untuk tugasan Advertorial atau Pelancaran Produk yang akan datang.

 

Sebenarnya dalam kebanyakkan kes, PR dan Syarikat sudah ada agreement bahawa Syarikat tidak boleh berurusan terus dengan blogger terbabit untuk tempoh yang tertentu seperti setahun atau lebih.

 

 

income dari blog

 

 

 

6. Jangan Pulang Awal Dari Event

Ada beberapa keadaan, ada blogger atau rakan media pergi event, ambil goodies dan tak sampai satu jam hilang. Katanya dah balik. Ini sesuatu yang patut dielakkan. Jika anda memang sudah tahu tidak ada masa, baik tolak jemputan awal-awal supaya media atau rakan blogger lain ada pelung menggantikan anda.

Anda boleh pulang awal jika betul-betul ada hal emergency, itu tidak salah. tetapi meninggalkan event selepas ambil goodies bag memang perkara yang memalukan.

 

7. Terbitkan Artikel Selewat-lewatnya 1 Minggu

Jika anda selalu sertai majlis pelancaran atau event yang besar, anda akan lihat beberapa orang media dari syarikat besar membawa bersama iPad dan Netbook dan mereka melakukan Live Updates untuk event yang mereka hadiri. Itu adalah satu effort yang TERBAIK. Namun, jika anda tak mampu, ambil masa selewat-lewatnya Satu (1) Minggu atau Tujuh (7) hari dari tarikh event yang anda hadiri.

 

Sebaiknya, anda terbitkan artikel tersebut di blog anda sehari selepas event berlangsung untuk memastikan blog anda aktif dengan berita terkini.

 

 

 

 

Income dari blog

 

 

 

Ini antara pandangan MrJocko tentang Tips Blogging Asas Blogger Menghadiri Jemputan Event. MrJocko sendiri masih lagi belajar dalam dunia blogging dan masih banyak yang perlu di cari. Banyak ilmu dan ruang yang belum diterokai dalam bidang blogging ini kerana ia mempunyai cabang yang sangat banyak.

 

Apa yang MrJocko kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri dan mungkin berbeza dengan pengalaman otai-otai blogger serta blogger professional yang lain.

 

Ramai Blogger sebenarnya memang pandai sesuaikan diri dengan event yang mereka hadiri. Apa yang MrJocko kongsi ini adalah asas sahaja.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.