Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Blogging Tips Asas Menulis Karangan Blog

Tips asas menulis karangan blog dengan baik adalah salah satu kelebihan yang ada pada seorang penulis semulajadi. Namun, ramai antara penulis boleh menulis dengan baik selepas mereka mahir menulis setelah mempraktikkan tips menulis karangan melalui pengalaman menulis setiap masa.

 

Mungkin ada yang anggap sesiapa sahaja boleh menulis, tetapi sebenarnya, bukan semua orang boleh menulis dengan memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca mereka. Sebab itu, ada beberapa tips asas dan tips mudah bagaimana cara menulis karangan yang baik.

 

Tips Menulis Blog 

 

Tips Menulis Karangan yang baik

 

 

 

Tips Asas Menulis Karangan Di Blog

 

Bagi anda penulis blog, anda mungkin menulis blog dengan cara santai dan bersahaja. Ada juga rakan-rakan penulis lain menulis dengan menggunakan gaya bahasa yang tinggi dan teratur. Apa sahaja gaya bahasa anda, yang penting dalam setiap penulis blog anda mesti ada 3 tips asas mudah menulis blog ini.

 

1. Pendahuluan

Ada ketika penulis terlalu ingin ringkas dan cepat berkongsi dengan pembaca sehingga lupa menulis pendahuluan karangan di blog mereka. Pendahuluan ini penting kerana ia memberi gambaran awal, apa yang mahu penulis kongsi dengan pembaca pada sesuatu tajuk.

 

Tanpa pendahuluan, ia umpama cerita yang tidak ada mukadimah atau pengenalan. Mungkin pembaca tidak akan dapat menarik apa yang penulis ingin sampaikan.

 

2. Isi Kandungan

Isi kandungan karangan atau blog merupakan bahagian yang paling penting kerana ini yang akan kupas dan ceritakan apa yang penulis akan sampaikan dalam karangan atau blog mereka. Dalam isi kandungan ini, sebolehnya sertakan sekali fakta atau info-info berkaitan yang boleh menyokong cerita dalam karangan anda.

 

Lebih baik lagi jika anda boleh mengupas isi kandungan ini dengan beberapa isi kandungan yang berkaitan dengan apa yang nak anda sampaikan. Sebagai contoh, isi penting dan kesan atau hubungan isi penting dengan perkara-perkara berkaitan.

 

3. Penutup

Ramai penulis kadang-kadang terlupa untuk menutup jalan cerita atau kupasan mereka dalam karangan atau blog. Ia umpama rumusan dari tajuk yang anda pilih atau penggulungan jika ia berkaitan dengan hujah. Penutup ini penting untuk kita menyatakan pandangan kita atau kesimpulan yang boleh kita buat berdasarkan isi kandungan yang telah kita kupas sebelumnya.

 

Ini antara 3 tips penting dalam menulis karangan atau blog. Tak kira panjang atau pendek, setiap penulis diharapkan mempunyai rangka tips menulis karangan atau blog ini supaya penulisan anda mempunyai kualiti berbanding dari cara penulisan lepas tangan.

 

Untuk lebih mudah, konsep ini hampir sama dengan apa yang pernah kita belajar semada kita berada dalam sekolah menengah. Yang membezakan kaita adalah penggunaan bahasa, fakta dan cara kita menulis untuk memujuk pembaca memahami apa yang kita tulis. 

 

Oleh itu, jadikan penulisan karangan atau blog kita mengikut tips asas karangan yang betul dengan memasukkan pendahuluan, isi kandungan dan juga penutup atau rumusan supaya penulisan kita akan dipandang sebagai satu penulisan yang mempunyai nilai karya yang sebenar.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.