Tips Jimat Ganti Spare Parts Kia Forte Servis Kereta
|Musim cuti Hari Raya setiap tahun, musim untuk servis kenderaan. Maklumlah, nak drive jauh. Namun kali ini beza sikit, sebab, bukan sahaja servis, malah kena tukar spare parts kereta Kia Forte yang sudah berumur 9 tahun. Ini Tips Jimat Ganti Spare Parts Kia Forte yang mungkin menyelamatkan poket korang.
Kalau servis biasa, ramai akan buat servis tukar minyak hitam, oil filter, alignment dan balancing serta mungkin servis aircond. Tapi untuk Kia Forte MrJocko, terpaksa tukar spare parts baru termasuk absorber, absorber bush, absorber stabilizer link, lower arm dan juga tayar baru.
Baca : Tempat Servis Kereta Kia Forte
Tips Jimat Ganti Spare Parts Kia Forte
Kos satu Absorber kereta Korea biasa untuk satu batang boleh cecah harga sekitar RM200
Kalau ikutkan biasa, ramai antara kita akan ke bengkel kereta dan minta quotation dari bengkel. Kebiasaannya untuk satu absorber kereta, satu batang akan diberikan sebutharga sekitar RM200 sebatang. Kalau dan 4 batang, dah berharga RM800, itu belum termasuk kos upah.
Jadi, kalau nak jimat, ini tips jimat ganti spare parts kereta Kia Forte yang boleh korang ikut.
1. Pastikan singgah di mana-mana bengkel berdekatan. Minta mereka buat penilaian spare part mana yang sudah rosak dan perlu diganti.
2. Sebaiknya, beri Pomen untuk pandu uji kereta korang, senang untuk mereka nilai.
3. Bila sudah pastikan spare parts apa yang perlu diganti, minta quotation dari mereka untuk survey.
4. Kebiasaannya, harga yang mereka letak, mahal sedikit dari harga yang dijual di Kedai Spare Parts.
5. Buat pembelian spare parts yang diperlukan dan kemudian bawa barang tersebut ke bengkel untuk di ganti.
6. Bayar cuma upah pasang / servis pasang.
7. InsyaAllah, kos untuk ganti spare parts kereta korang jauh lebih jimat.
Baca : MrJocko dan Kereta
Bayangkan, untuk kereta kami yang sudah umur 9 tahun, sepatutnya kos awal yang dianggarkan sekitar RM4000 – RM5000. Ia termasuk tukar absorber, absorber bush, mounting bush, lower arm, absorber stabilizer link, dan 4 tayar kereta yang baru saiz 215/45/R17.
Namun, kerana beli barang spare parts sendiri dan pilih jenama yang tidak terlalu mahal, kami cuma habiskan sekitar RM2500 sahaja.
Nasihat saya, buat survey dan rajin-rajin cari lokasi kedai spare parts kereta yang dipercayai, beli barang yang perlu sahaja dan minta bengkel untuk pasang. Ia sangat menjimatkan.
Nak tahu tips jimat servis kereta yang lain, baca sini The Vocket Jimat Servis