• Tue. Oct 3rd, 2023

Tips Kewangan Pelaburan Unit Amanah Jangka Masa Panjang

elaburan_Unit_Amanah_Jangka_Masa_Panjang copy

Mungkin ramai pembaca blog saya tidak tahu kerja hakiki saya. Bread and Butter saya adalah dari hasil kerja sebagai Perunding Kewangan Bertauliah. Pengalaman saya sebagai Agen Unit Amanah sudah memasuki tahun ke 12 tahun ini. Sekali lagi, untuk panduan kita bersama, saya nak kongsi Tips Kewangan Pelaburan Unit Amanah Jangka Masa Panjang. Harap ia akan sedikit sebanyak memberi kesedaran untuk kita semua.

Ada banyak artikel yang saya kongsi sebelum ini tentang kelebihan menyimpan, tak kiralah dalam akaun bank biasa, menyimpan emas dan semestinya melabur dalam unit amanah (Unit Trust). Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, namun untuk saya, simpanan dalam unit amanah banyak membantu saya ketika waktu yang getir, tambah-tambah di musim PKP dan pandemik Covid-19 ini.

Baca : Tips Kewangan Unit Amanah

 


Tips Kewangan Pelaburan Unit Amanah Jangka Masa Panjang

elaburan_Unit_Amanah_Jangka_Masa_Panjang copy

Tips Kewangan Pelaburan
 

Anda mungkin pernah ada pengalaman untuk melabur di mana-mana institusi kewangan yang diiktiraf kerajaan. Sudah pasti anda semua pun sudah cukup bijak untuk nilai mana yang baik dan mana yang buruk. Asalkan anda semua ada perancangan untuk menyimpan, itu sudah cukup baik. Elakkan berbelanja dengan boros atau berbelanja untuk perkara-perkara tidak perlu.

Untuk anda semua yang baru nak bermula dalam pelaburan unit amanah, saya nak share sedikit tentang dana Public e-Islamic Sustainable Millennial Fund. Initial investment (Pelaburan Permulaan) untuk dana ini cuma RM100 sahaja, namun harus dibuat dengan menggunakan akaun anda di Public Mutual Online.

Saya syorkan anda untuk gunakan peluang melabur dalam dana ini untuk sendiri atau untuk tujuan pelaburan bagi simpanan duit untuk anak-anak di masa yang akan datang. Tetapkan tujuan sekitar 5 tahun hingga 15 tahun, bertujunan untuk simpanan yang akan anda gunakan bagi pembayaran kos pendidikan anak-anak satu hari nanti.

Amalkan disiplin untuk menambah pelaburan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk capai tujuan tersebut. InsyaAllah, jika berterusan, anda berpeluang untuk jana simpanan sekitar RM25,000 (anggaran dengan pulangan sekitar 7% setahun) atau lebih dari itu.

Bagi saya, ada beberapa kos percutian saya, diambil dari keuntungan dari simpanan saya di pelaburan akaun Unit Amanah lain yang sudah lama saya laburkan. Tidak banyak, tetapi untung tersebut cukup untuk membawa saya melancong bersama keluarga tanpa menggunakan duit poket semasa.
 

Pelaburan_Unit_Amanah_Jangka_Masa_Panjang_2

Pelaburan_Unit_Amanah_Jangka_Masa_Panjang_1
 

Pandemik Covid-19 menyaksikan ramai antara kita kehilangan kerja dan dibebani dengan beberapa kos yang membebankan. Oleh itu, beringat dari awal supaya kita sedikit sebanyak bersedia untuk menagani masalah, khususnya masalah dari segi ekonomi yang melest seperti sekarang.

Mulakan hari ini, jika anda masih belum punyai akaun unit amanah. Ingat, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Tips Kewangan Pelaburan Unit Amanah Jangka Masa Panjang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.