Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Mandikan Anak Kucing Peliharaan Dengan Betul

Tips Mandikan Anak Kucing Peliharaan Dengan Betul. Bagi peminat kucing, anda mesti mahukan kucing anda sentiasa sihat, bersih dan cantik. Antara cara untuk jaga kebersihan binatang peliharaan anda ialah dengan memandikannya dengan kerap. Seperti contoh, kucing disyorkan untuk mandi sekali dalam masa seminggu.

Walaupun begitu, kalau kucing peliharaan anda berada di dalam rumah, indoor dan dalam suasana yang bersih, sebulan sekali pun boleh. Pastikan ia tidak terlalu kotor untuk kesihatannya.

Baca : Kucing Parsi Abon Kami Saiz Besar

tips mandikan kucing

 


Tips Mandikan Anak Kucing Peliharaan Dengan Betul

tips-mandikan-anak-kucing-01
Tips Mandikan Anak Kucing

tips-mandikan-anak-kucing-02
Mandikan Anak Kucing

 

Tips untuk bersihkan kucing ada beberapa langkah yang perlu anda ambil perhatian. Antara tips mudah yang MrJocko buat ialah :

Sebelum Mandi

1. Beri kucing anda makan sekenyang-kenyangnya,

2. Ajak kucing anda bermain hingga dia keletihan,

3. Berus bulu kucing anda sebelum mandi,

Di Masa Mandikan Kucing

1. Sediakan air suam, air sejuk buat kucing anda kesejukkan,

2. Sediakan shampoo kucing, berus mandi, gayung untuk jirus, dan tuala,

3. Jirus dengan air suam dicampur dengan shampoo perlahan di badan sahaja, jangan jirus muka kucing,

4. Berus guna sikat kucing untuk buang bulu yang luruh dan hama/kutu kalau ada,

5. Bilas kucing anda dengan air suam sehingga bersih,

Selepas Mandi

1. Balut kucing dengan tuala dan lap kan sehingga boleh,

2. Bagi yang tidak punyai blower, Balut kucing anda sehingga kucing hilang rasa sejuk,

3. Bagi yang ada blower, blow kucing perlahan sehingga kering,

4. Biar kucing anda rehat dan jilat badan untuk proses pengeringan semua jadi,

5. Bila dah kering, sikat/berus bulu kucing anda biar terurus.

Ini antara Tips Mandikan Kucing yang boleh MrJocko kongsi. Bukan senang kan nak pelihara kucing ni, kerana salah satu musuh kucing ialah debu, Hama dan juga kekotoran. Tapi bagi yang minat dengan kucing, kepuasan mempunyai kucing yang comel, manja dan aktif menjadi satu kepuasan.

Anda ada kucing??? Berapa kerap anda mandikan kucing anda setiap bulan?

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.