Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat Dengan Percuma
|Apa rahsia ramai orang yang ada akaun Instagram mempunyai ramai followers (pengikut). Apa cara dan apa Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat? Mesti ramai yang nak tahu rahsia naikkan follower Instagram dengan cepat. Ya, akan saya cuba kongsikan cara yang berkesan ini.
Mereka yang aktif di media sosial, seperti Blogger atau Influencer, mungkin akan mengambil berat tentang follower di Facebook, Twitter atau Instagram. Ramai antara kita memang mencari cara untuk naikkan follower Facebook, Twitter dan Instagram hinggakan ada yang sanggup membayar service naikkan LIKE akaun Instagram mereka sehingga RM300++ untuk dapatkan 1,000 LIKES.
Baca : Rahsia Blogger Jana Income RM10,000 Dengan Menulis Blog
Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat
Kelebihan Guna Google Plus Untuk Blogger (Google+)
Cara Terkenal Nak Jadi Blogger Terkenal
Income Pertama Nuffnang Tahun 2014
MrJocko ingin berkongsi cara dan tips naikkan follower Instagram dengan mudah dan cepat tanpa keluarkan modal satu sen pun. Ini berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri dan bukan sekadar ambil dari internet atau cerita orang lain.
Cara Naikkan Follower Instagram
1. Buka akaun Instagram anda dan pergi ke bahagian ‘SEARCH’
2. Google akaun Selebriti Malaysia (jika anda mahu dapatkan LIKES dari Malaysia) dan klik akaun tersebut. Sebagai contoh akaun Instagram Lisa Surihani @iamlisasurihani
3. Perhatikan bahagian follower Lisa Surihani, ada lebih 962,000 follower.
Rahsia Naikkan Follower Instagram
4. Klik bahagian follower Lisa Surihani @iamlisasurihani dan anda akan nampak senarai beribu-ribu akaun follower Lisa Surihani.
5. Sekarang, tugas anda, follow satu persatu, setiap akaun Instagram yang follow Lisa Surihani tersebut. Kalau anda mahukan 100 LIKES, anda ‘follow’ je 100 akaun di sana.
6. InsyaAllah, dalam masa beberapa minit, tak sampai satu jam, rakan-rakan di akaun Instagram tersebut akan follow akaun Instagram anda.
Mudah kan???
Tips Kenapa Akaun Instagram Anda Akan Di ‘Follow’
Akaun Instagram @MrJocko hanya sekadar mempunyai 750 follower pada 22 Oktober 2014. Alhamdulillah, selepas menggunakan Cara dan Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat ini, dalam masa 2 hari MrJocko dapat kumpul sehingga 1080 follower di Instagram.
Memang bukan senang nak naikkan follower tambah-tambah lagi kita bukan awek cun, bukan awek yang seksi, bukan lelaki hensem dan macho seperti Abang Ensem serta kacak macam Boni Kacak.
Sebab itu kena ingat, kalau kita mahukan ramai orang follow kita, kita kena la follow orang lain. Win Win Situation yang mana semua orang dapat benefit untuk dapat follower baru. Ini yang selalu kita lupa. Kita nak orang follow kita, tetapi kita seakan sombong nak follow orang lain.
Ada yang memberi idea letakkan koleksi gambar Instagram di Blog, share akaun Instagram di Facebook dan Twitter, tetapi secara peribadi itu semua tidak berkesan seperti cara dan tips naikkan follower Instagram dengan mudah dan cepat ini.
Anda cuba dulu Cara dan Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat yang MrJocko kongsi ini. Beri masa satu hari sekurang-kurangnya. InsyaAllah, anda akan dapat hasil dengan menerima ramai rakan follower baru tanpa keluarkan modal satu sen pun.
Selamat Mencuba. Kongsi pengalaman anda samada berjaya atau tidak.
tips yang bagus untuk naikkan follower Instagram….terima kasih Mr Jacko….
NICE tips
tpi yg x best nys folowing mesti jd lebih tinggi datlri.folower kite kn huhu
Kenapa tak best Sheda?
Lagi ramai kita follow org lagi ramai kita kenal. Tak salah…
sheda, mana2 yang tak follow back tu boleh unfollow untuk balance kan following ngan follower, cuma banyak keje sikit lah..boleh guna software unfollowspy untuk trace..hihi
Assalam, nak tanya ckit.. saya pernah buat mcm tu tapi lepas saya buat mcm tu instagram saya x boleh nak follow org dh, knp yer.. boleh bg penerangan x ???
soalan 1 : selepas buat Follower IG naik tak?
soalan 2 : dah cuba buat balik selepes beberapa jam?