Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Nak Bagi Internet Laju DiRumah Guna Mesh WiFi

Sejak awal tahun, hampir seluruh rakyat Malaysia terpaksa kembali duduk di rumah akibat perlaksanaan PKP 2021. Ibubapa ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan anak-anak yang bersekolah akan menghadap peranti untuk pembelajaran di talian atau dikenali dengan PDPR. Ada ketika, terganggu oleh data internet yang perlahan. Jadi, saya nak kongsi, Tips Nak Bagi Internet Laju DiRumah Guna Mesh WiFi.

Mesh WiFi antara satu lagi peranti yang semakin popular dikalangan pengguna data internet di rumah untuk membawa data mereka dengan lebih stabil dan semaksima yang mungkin berdasarkan kelajuan yang mereka bayar setiap bulanan. Rugilah kalau pengguna tak boleh guna data mereka semaksima mungkin sebab capaian perkongsian sesama sendiri di dalam rumah tidak stabil dan tak kuat untuk menerima data.

Baca : Pakej Data Internet Yang paling Murah Dan Laju di Malaysia

nak bagi internet laju

 


Tips Nak Bagi Internet Laju DiRumah Guna Mesh WiFi

Tips-Nak-Bagi-Internet-Laju-DiRumah-Guna-Mesh-01 copy

Tips-Nak-Bagi-Internet-Laju-DiRumah-Guna-Mesh-02
WiFi Router

Tips-Nak-Bagi-Internet-Laju-DiRumah-Guna-Mesh-03

Gambar : Sumber Google Mesh Wifi dan WiFI Router

Apa itu Mesh WiFi?

Mesh WiFi adalah sistem WiFi Seluruh Rumah yang dibina untuk menghilangkan zon mati dan menyediakan WiFi tanpa gangguan di seluruh rumah anda.

Sistem Mesh membolehkan peranti di rangkaian anda mempunyai kelajuan yang lebih cepat, liputan yang lebih besar, dan sambungan yang lebih dipercayai. Walaupun router tradisional menyiarkan WiFi dari satu titik, sistem WiFi mesh mempunyai banyak titik akses.

Apabila satu unit menghubungkan ke modem, unit itu menjadi hab utama. Unit lain (disebut “node”) akan menangkap dan menyiarkan semula isyarat penghala. Hasilnya adalah rangkaian tanpa wayar yang cekap yang memberikan isyarat kuat di mana sahaja anda berada.

Sumber : Dlink Mesh WiFi

Apa itu Router?

Router, atau penghala adalah stesen khas yang menerima dan menghantar lagi isyarat Internet.. Peranti ini menghubungkan pengguna dan pembekal, yang “mengedarkan” Internet.

Di samping itu, peranti ini diperlukan untuk pengedaran isyarat yang diterima. Ia menerima isyarat dan membahagikannya kepada beberapa peranti yang disambungkan kepadanya. Penghala juga menghantar isyarat ke arah yang bertentangan – dari pelanggan ke Internet.

Peranti ini mempunyai fungsi perlindungan. Ia menyulitkan data menggunakan protokol khas: WPA, WEP dan lain-lain.

Nota : Ini bukan review berbayar, hanya review sekadar pengetahuan peribadi

Oleh yang demikian, memandangkan zaman PKP, PKPB dan PKPB yang mungkin akan dilaksanakan nanti, penggunaan data internet di rumah dan juga kelajuan internet semasa amat penting kerana ia akan memberikan kemudahan untuk semua pengguna di dalam rumah. Mungkin ibubapa akan turut work from home dengan menggunakan aplikasi mesyuarat secara dala talian. Anak-anak juga akan berada di depan komputer arau smartphone untuk menghadiri kelas PDPR.

Pastinya, jika dalam satu masa, ramai yang menggunakan data internet dari sumber yang sama, ia akan memberikan kesan kepada kelajuan data yang diterima oleh sesuatu peranti. Jika tidak kena cara, ia akan terganggu dan mungkin akan disconnected.

Sebaiknya, jika ada peluang, ambil masa untuk tambahbaik peralatan ini supaya anda semua boleh mengakses data internet anda semaksima mungkin dan tidak terganggu oleh kelajuan internet yang perlahan seperti siput.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.