Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Nak Dapat Tiket Percuma AirAsia

Ada yang tanya, Tips Nak Dapat Tiket Percuma AirAsia. Meh sini nak share sikit cara dapat tiket murah AirAsia.

Rasanya bermula 12.01 minit pagi tadi, 17 September 2013, ramai yang menunggu dan bersedia untuk mencuba nasib membeli dan mendapatkan 1 juta Seat Percuma dari AirAsia. MrJocko pun tengah cuba ni. Ada yang tanya, mudah ke nak dapat tiket seat percuma AirAsia? MrJocko cakap, mudah sahaja, kena cuba dan cuba lagi.

 

Jangan risau kalau trip ke destinasi yang anda mahu sudah habis dijual. Ada beberapa tips beli tiket murah AirAsia yang selalu MrJocko guna. Alhamdulillah, banyak kali dapat tiket murah ke Korea, Jepun, Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak lagi. Cuba ikut cara ini :

1. Amalkan pilih dua atau tiga destinasi lain untuk dapatkan seat percuma. Bak kata orang, pilihan 1 untuk Plan A dan pilihan 2 untuk Plan B. Banyak destinasi yang boleh anda pilih.

2. Pilih tarikh hari bekerja atau bukan hari cuti hujung minggu atau cuti umum. Biasa tket di hari weekday memang selalu jauh lebih murah berbanding harga tiket AirAsia pada weekend. Biasalah weekend akan ramai beli.

3. Beli tiket maksima 2 seat sahaja, atau kalau rajin, beli satu-satu untuk memudahkan anda dapat tiket murah.

4. Make sure anda guna line internet yang agak stabil untuk memudahkan anda melalui proses carian, tempahan, booking dan pembayaran. Jika tiba-tiba disconnect, rugi sahaja kena tunggu balik.

5. Tunggu saje pagi esok, dan pilih jer mana-mana destinasi yang masih ada. Jangan risau, sentiasa akan ada lokasi murah. Jangan terlalu nak kejar lokasi popular. Pilih lokasi biasa pun ok, janji harga murah.

 

Selamat mencuba…

 

Tips Mudah Nak Dapat Tiket Seat Percuma AirAsia
Tips Mudah Nak Dapat Tiket Seat Percuma AirAsia

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.