Tips Tarik Pembaca Ke Blog 10448 Visitors Sehari
|Ramai mencari tips menulis blog yang boleh tarik ramai pembaca ke blog. Sebab tu, bila MrJocko berjaya tarik lebih 10448 Visitors sehari ke blog, ia bagaikan mimpi jadi kenyataan. Jadi, ini adalah entry untuk Tips Tarik Pembaca Ke Blog 10448 Vistors Sehari dari MrJocko.
MrJocko akan kongsi pengalaman, bagaimana MrJocko tulis entry dan kongsikan entry blog tersebut di beberapa laman Fanpage Facebook sehingga berjaya mendapatkan lebih kurang 10448 visitors dalam masa sehari dan terus bertambah.
Tips Tarik Pembaca Ke Blog
Memandangkan MrJocko memang minat kumpul koleksi jam G-Shock, MrJocko cuba kongsi dengan pembaca bahawa, ada banyak lokasi kedai yang jual jam Casio G-Shock muah di Jepun. Tetapi dalam banyak-banyak kedai, ada kedai yang peling best untuk anda shopping di Jepun. Sebab itu, MrJocko tulis artikel dibawah :-
http://www.mrjocko.com/2017/03/harga-jam-g-shock-di-don-quijote-jepun-murah.html
Selepas siap menulis, MrJocko pastikan ia siap dalam waktu tengahari. Biasanya waktu tengahari ramai yang santai dan baca blog sementara menunggu waktu rehat ataupun membaca masa waktu rehat.
Dalam masa yang sama, MrJocko kongsi artikel entry tersebut di beberapa laman Fanpage Facebook Group tentang minat yang sama, G-Shock. Group tersebut perlulah punyai ahli yang ramai seperti puluhan ribu atau ratusan ribu.
Alhamdulillah, mungkin sebab keyword MrJocko ‘Beli Jam G-Shock Murah di Jepun’ menarik minat ramai, ia mula menarik pembaca ke blog MrJocko. Tanpa di sangka, ia naik dari 50 users online kepada 120 users online. Menjelang petang, ia naik sehingga 300 user online dan Alhamdulillah, target 1000 user online dalam masa sejam berjaya di capai.
Akhirnya, bila malam, entry ini sahaja berjaya menarik pembaca ke blog dengan jumlah sekitar 10,448. Ia pencapaian terbaik blog MrJocko setakat ini dan ia amat membanggakan. Hari tu juga, blog MrJocko ‘down’ dan gagal dimasukki selepas itu sebab bandwith limit exceeded.
Kesimpulannya, untuk dapatkan trafik ramai ke blog, kena ada beberapa resipi menulis blog. Antara yang MrJocko boleh ringkaskan ialah :
- Tajuk yang menarik
- Content yang baru dan asli
- Fakta yang tepat
- Tahu di mana nak kongsi
Jika ada elemen seperti di atas, InsyaAllah, boleh dapat pembaba ke blog. Itu sahaja Tips Tarik Pembaca Ke Blog 10448 Visitors Sehari. Semoga ia memberi sedikit panduan kepada semua rakan blogger.
Entry ini berjaya dikongsikan lebih dari 147 shares dan mendapat 1,200 likes serta ratusan komen. Terima kasih semua.