Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Untuk Jadi Travel Blogger

Ada tips untuk jadi Travel Blogger?

Itu antara soalan dan pertanyaan rakan-rakan bila sesekali berjumpa. Ada juga yang bertanyakan melalui Facebook, WhatsApp dan juga SMS.

Sepanjang MrJocko menulis, bermula dari tahun 2006, idea asal untuk menulis blog adalah sekadar menulis untuk berkongsi kisah travel MrJocko dan keluarga kepada pembaca tanpa pernah berfikir untuk menerima habuan. Memang MrJocko akui, asal menulis blog atas dasar minat. Kini, memang ia masih berdasarkan minat, tetapi oleh kerana peluang untuk lebih maju dalam bidang penulisan Blog, khususnya Travel Blog, MrJocko ambil kesempatan untuk menimba ilmu, membaca, belajar dan berkongsi idea dengan rakan-rakan blogger di dalam Malaysia dan juga dari luar Malaysia.

Peluang terbuka luas bila dapat Jemputan ke AABC 2nd Anniversary 2015 Bangkok beberapa bulan yang lepas.

Tips Jadi Travel Blogger

Travel-Blogger-Malaysia

Travel Blogger Malaysia

 
 
Tips Untuk Jadi Travel Blogger

 

Travel Blogger Malaysia

 

Sejak tahun 2013, MrJocko mula dengan Media Trip anjuran Tourism Malaysia dan ia hanya trip dan travel ke destinasi pelancongan di dalam Malaysia sahaja. Bermula dengan Negeri Sembilan, kemudian ke Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Perak dan beberapa negeri lagi untuk bersama-sama membantu pihak Tourism Malaysia dan Tourism lain mempromosikan produk pelancongan di dalam Malaysia.

Kemudian, mungkin disebabkan pengalaman dan hasil kerja yang memuaskan, rezeki MrJocko dijemput untuk berkerja dengan agensi antarabangsa dan juga Tourism antarabangsa seperti Tourism Authority of Thailand, Tourism Indonesia, Tourism Philippines, Tourism Taiwan Bureau, Fukuoka City Hall, Tourism Victoria dan InsyaAllah hujung bulan ini bersama Dubai Tourism.

Sehingga kini, MrJocko berpeluang berkerjasama dengan syarikat penerbangan Emirates, AirAsia, AirAsiaX, Fireflyz, Malindo Air dan akan datang dengan pihak Cathay Pacific.

 

 

Tips Untuk Jadi Travel Blogger
Embassy Bangkok

 

Travel Blogger Malaysia

 

Travel Blogger Malaysia
Sun Moon Lake, Taiwan

 

Travel Blogger Malaysia

 

Jadi, kalau ditanya, Tips Untuk Jadi Travel Blogger, ini antara yang selalu menjadi cara kerja MrJocko untuk mana-mana Media Trip :

Sebelum Media Trip

1. Sebaiknya menulis Pre-Entry (entry awal) untuk Media Trip yang akan anda sertai sebagai persiapan kepada pembaca atau follower anda untuk bersedia ‘mengikut’ anda samada di Facebook, Instagram, Twitter etc.

Semasa Media Trip

2. Menulis berdasarkan pengalaman sendiri

3. Menulis info sebaiknya ditambah dengan fakta-fakta yang jelas. Lebih banyak fakta, lebih bagus kualiti penulisan anda.

4. Sebolehnya, sebagai Travel Blogger, anda perlu sentiasa berhubung dengan Media Social seperti Facebook, Instagram atau Twitter sebagai ‘Live Update’ sepanjang Media Trip tersebut.

5. Banyakkan kongsi gambar menarik semasa Media Trip

6. Publishkan sekurang-kurangnya satu Entry Teaser untuk satu hari Media Trip, ‘ringkasan’ apa yang telah anda lawati pada hari tersebut. Sebab itu, kemudahan WiFi di tempat penginapan adalah sangat penting.

7. Bersedia dengan gambar-gambar yang mungkin ‘rare’ sepanjang perjalanan. Anda mungkin akan terlepas merakam gambar menarik jika terlalai.

8. Jika tidak penat, jangan tidur disepanjang perjalanan, kerana, perjalanan dari satu point kepada satu point destinasi yang lain antara pengalaman yang berguna. Ambil gambar satu kemestian

9. Guna Kamera, jangan guna handphone untuk merakam gambar Media Trip

10. Dapatkan nama dan details sebaiknya jika anda mahukan kualiti dalam penulisan.

11. Rakam video semasa Media Trip satu ‘Markah Bonus’ untuk anda, Travel Blogger

Selepas Media Trip

12. Sentiasa masukkan Kredit kepada Penaja dalam setiap kali entry anda ditulis untuk Media Trip tersebut.

13. Kongsikan ‘Permalink’ entry anda kepada pihak Agensi PR atau Wakil Syarikat penaja Media Trip sebagai makluma mereka

14. Kongsikan info tentang artikel yang telah di’publish’ samada di Surat Khabar, Majalah atau mana-mana publications untuk makluman Penaja.

15. Jika berkesempatan, buat 2 – 3 artikel tambahan untuk satu Media Trip supaya Penaja akan rasa berbaloi kerjasama antara anda, Travel Blogger dan Penaja.

 

Cukup la rasanya antara Tips Untuk Jadi Travel Blogger yang boleh MrJocko kongsi berdasarkan pengalaman MrJocko. Ada banyak lagi yang boleh anda belajar dari ramai lagi Top Blogger Malaysia dan Travel Blogger Malaysia yang lain.

Tetapi dalam banyak-banyak Tips untuk jadi Travel Blogger, tips menulis entry berkenaan travel hendaklah di perbanyakkan. Maksudnya, jika mahu jadi Travel Blogger, perbanyakkan entry berkenaan travel, trip dan juga pelancongan. Kenapa anda di panggil Travel Blogger Malaysia, kerana anda banyak menulis tentang isu travel. Jika banyak bercerita pasal produk, pasal berita, gossip artis, ia sebenarnya bukan Travel Blogger.

Mereka yang berminat untuk dapatkan 1 To 1 Coach selama 5 jam, saya sediakan Pakej Tips Menulis Blog cuma RM550 sahaja. Pakej Belajar Menulis Blog ini akan memberikan anda : 

1- Tips Menulis Blog samada Blogspot atau WordPress

2- Pemilihan Layout Blog

3- Blog Setting

4- SEO for Blog Layout and Editor

5- Pemilihan Entry

6- Bonus : 1 Trip Media Percuma ke Destinasi pilihan bernilai lebih RM1,000

Berminat boleh hubungi MrJocko di +6019-6611619

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.