Site icon Travel Blogger Malaysia

Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah Di Malaysia

Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah Di Malaysia. Saban tahun, banyak destinasi pelancongan baru menjadi tumpuan samada dalam Malaysia atau luar Malaysia. Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang memilih untuk melancong dengan kos yang minima serta ‘travel bajet’. MrJocko ini berkongsi tentang beberapa Tips Travel Bajet Dan Melancong Murah untuk semua.

Baca : Tempat Menarik di Pulau Pangkor Di Perak

 


Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah Di Malaysia

Memilih Melancong Ketika ‘Off Season’

Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah yang penting ialah travel ketika ‘Off Season’. Percaya tak kalau MrJocko katakan harga pakej ketika off season, musim bukan popular adalah jauh lebih rendah dari musim ‘peak season’. Kenapa? Sebab banyak pakej tidak dapat dijual dan hotel, travel agent atau pakej aktiviti biasanya menawarkan diskaun yang menarik.

Memang kadang-kadang melancong masa Peak Season memang meriah, tetapi jika nak jimat duit melancong, elakkan melancong ketika musim yang padat, pastikan anda memilih tarikh-tarikh dengan bijak. Sebab itu, satu langkah yang bijak ialah menempah luar musim tiket kerana mereka adalah jauh lebih murah daripada sebaliknya. Juga dengan keputusan ini, anda akan mendapat peluang untuk menerokai bandar yang lebih baik dan boleh bergerak dalam keadaan aman dan mengelakkan orang ramai.

Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah
Tips Travel Bajet

Aplikasi Travel

Sama ada travel solo atau travel kumpulan, menjimatkan kos pada perbelanjaan travel anda menjadi perkara yang penting. Sebab itu, ada banyak Applikasi dalam smartphone anda boleh membantu anda menjimatkan masa dan mencari lokasi tempat tujuan dengan mudah.

MrJocko selalu menggunakan Aplikasi Google Maps dan juga Tripadvisor untuk kombinasi carian lokasi dan tempat menarik ketika melancong. Dengan cadangan perjalanan oleg Google Maps, boleh jimat duit teksi atau bas. 

Memilih Jenis Pengangkutan Yang Terbaik

Bila sudah tahu ke mana arah tujuan, senang membuat pilihan. Paling murah dan efektif naik Train atau LRT. Jika bas kereta api bunyi membosankan untuk anda, berjalan atau berbasikal melalui kawasan pejalan kaki yang berkenaan adalah satu pilihan baru untuk menerokai bandar yang lebih baik. MrJocko pilih teroka Sun Moon Lake di Taiwan dan Kuta Beach dengan berbasikal. Memang menarik dan ‘fun’

Makanan

Makanan adalah jiwa setiap perjalanan. Ramai yang jenis sukakan street food dan tradisional food ketika melancong. Tetapi sebagai Muslim, memilih street food di lokasi melancong adalah sesuatu yang agak susah kerana faktor Halal dan Toyyiban. Pun begitu sebenarnya jika anda pandai cari, menu Vegetarian yang tidak mempunyai unsur-unsur yang haram, antara alternatif terbaik buat pelancong Muslim. 

Lagipun, street food antara pilihan makanan yang murah dan bebrbaloi untuk dicuba. Menu makanan di restoran kadang-kadang agak mahal dan ia tidak bagus untuk travel bajet.

Penginapan Di Hotel

Jika anda memilih travel bajet, sudah pasti hotel 3 bintang, 4 bintang 5 bintang tidak sesuai untuk anda kerana kos bilik yang memang mahal. Untuk anda, Guest House, Homestay atau Budget Hostel untuk backpakers sesuatu yang boleh anda cuba. Ada banyak jenis bajet hostel seperti ini ditawarkan dengan harga yang murah, semurah RM50 bagi setiap tetamu hotel. Murah.

Bilik sebenarnya tidak perlu sangat cantik, cukup selesa untuk tidur, kerana untuk pelancong, tugasnya ialah berjalan dari pagi hingga malam dan pulang ke bilik hotel untuk tidur sahaja.

Cenderahati dan Gifts

Untuk yang selalu membeli cenderahati kepada rakan-rakan, walaupun anda travel bajet, anda msih boleh membeli hadiah dan gifts kepada rakan anda. Pilih lokasi kedai yang menjual produk jualan cenderahati secara borong. Beli banyak sekaligus dan InsyaAllah boleh dapat murah.

Itu antara Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah yang boleh MrJocko kongsi dengan anda semua. Yang penting, pilih lokasi tumpuan pelancong yang memang menjadi pilihan anda juga. Jangan sekadar mengikut apa yang orang kata, tetapi lebih kepada citarasa sendiri.

Pack your bag, plan your holiday dan jom travel ke destinasi seluruh dunia. Nak travel dekat, jom #GoDomestic dan follow destinasi #DekatJer. Tips Untuk Travel Bajet Dan Melancong Murah ini anda boleh guna samada di Malaysia dan luar negara. Selamat Melancong…

Exit mobile version