Tokku Lekor Keropok Losong Asli Di Terengganu Paling Popular
|Sebut saja Keropok Lekor, ramai yang akan teringat menu tradisional negeri Terengganu ini. Kalau sudah singgah di Terengganu, pasti ramai yang akan singgah untuk beli keropok lekor. Tapi tahu tak keropok lekor mana satu yang paling sedap? Ramai yang sudah bagi feedback, antara yang terbaik dan sedap ialah Tokku Lekor Keropok Losong Asli Di Terengganu Paling Popular dikalangan peminat keropok.
Jangan salah faham tentang makanan ini. Keropok lekor itu adalah makanan dan Keropok Losong itu pula adalah jolokan atau nick name untuk keropok lekor yang dibuat di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Maknanya, jika anda nak beli Keropok Losong dilokasi lain, mungkin agak mustahil. Ia hanya dijual di lokasi kedai Kampung Losong dan juga di beberapa wakil jualan mereka sahaja.
Baca : Keropok Lekor Tok Beng Terengganu
Tokku Lekor Keropok Losong Asli Di Terengganu Paling Popular
Lokasi kedai yang membuat Keropok Losong ni tak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu. Di sini, pekerja akan memproses keropok lekor dan menyediakan beberapa jenis keropok lekor dalam beberapa jenis termasuk keropok lekor losong frozen yang separuh masak, keropok losong frozen yang sudah masak, keropok lekor bebola, keropok keping biasa dan bermacam-macam lagi.
Untuk keropok losong frozen, di sini ia dijual dengan harga RM5 sepeket, ia boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
Ramai penduduk tempatan dan juga pelancong akan cari Keropok Losong. Ini kerana, ramai yang kata kualiti adunan ikan dan rasa keropok lekor ini antara yang terbaik di Malaysia. Rasa ikan dia asli, banyak dan pasti akan rasa lebih sedap. Tak pasti pulak mereka guna jenis ikan mana satu, yang pasti kualiti produk mereka terjaga sejak dari dulu hingga kini.
Berbaloi untuk anda beli dan cuba sendiri, jika belum pernah rasa Keropok Lekor terkenal di Terengganu ini. Pergi sendiri ke kilang memproses keropok losong dan lihat sendiri bagaimana mereka proses dan goreng keropok lekor ini. Baru puas hati…
Untuk anda yang masih lagi tak pasti nak cari lokasi Tokku Lekor, boleh ikut alamat ini di No. 10, Jalan Losong Feri, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Kedai ini dibuka dari hari Sabtu hingga hari Khamis dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Hari Jumaat operasi ditutup. Maklumat tentang Tokku Lekor Kampung Losong, boleh layari laman Facebook Keropok Tokku Leko HQ.