Tokyo City Flea Market Di Jepun Luas Dan Jual Barang Murah
|Ramai yang mungkin tidak tahu, bandaraya Tokyo ada kedai-kedai yang menjual barangan Pre-Loved jenama terkenal dengan harga yang sangat murah. Sebab itu, untuk seorang yang mengumpul barang RARE Jepun, kalau ke Tokyo, boleh cari barang terbaik di beberapa ‘Pasar Barangan Terpakai’ atau Flea market yang ada sekitar bandar ini. Antara yang paling terkenal ialah di Tokyo City Flea Market Di Jepun Luas Dan Jual Barang Murah.
Kalau cari di internet tak jumpa nama Tokyo Flea Market, cuba tukar kepada nama Ohi Racecourse Flea Market. Tak tahu kenapa mereka guna nama Ohi Racecourse, mungkin sebab nama lama tapak yang digunakan. Tetapi, kalau carian di internet, banyak yang ada info tentang Tokyo City Flea Market.
Tokyo City Flea Market Di Jepun
Tokyo City Flea Market adalah flea market terbesar di Tokyo. Ia mempunyai ruang tapak niaga yang luas, menggunakan ruang parkir kereta. Kalau diikutkan, ia mempunyai sekitar 300 hingga 600 peniaga yang menjual banyak barangan termasuk makanan, pakaian, maianan, alat sukan, alat letrik, jam tangan, dan macam-macam lagi.
Ia dibuka seawal jam 10.00 pagi dan dikatakan tutup pada sekitar jam 3.00 petang. Jadi, kalau nak ke sini, sebaiknya datang lebih awal untuk memudahkan korang membuat survey dahulu dan kemudian membeli barangan yang korang mahu.
Tips untuk beli barang di Tokyo City Flea Market, harga boleh tawar menawar. Walaupun orang Jepun tak suka bila pembeli menawarkan harga, tetapi bila sebut tentang Flea Market, mereka boleh menerima tawaran pelanggan. Kalau dapat nasib baik, banyak yang boleh korang beli dengan nilai JPY10,000 (RM375).
Baca : MrJocko melancong ke Tokyo Jepun
Ada banyak ruang di kawasan parkir kereta ini di penuhkan dengan banyak barang-barang Pre-Loved. Sesetengahnya adalah barang-barang yang hanya di pakai sekali sekala dan masih lagi dalam keadaan yang sangat baik.
Ada juga stok yang dijual di sini, seperti T-Shirt, kasut, cermin mata, mainan dan macam-macam lagi, boleh diistilahkan sebagai NOS (New Old Stock) yang belum pernah dipakai, tetapi stock lama. Sudah psti kalau korang pengumpul (Collector) barang macam ni memang korang cari sebab murah dan kadangkala sangat RARE.
Sangat puas hati ke sini. Banyak barang mainan dan jam rare seperti koleksi jam G-Shock boleh korang beli di sini dengan harga yang cukup murah. Sebaiknya, ambil masa untuk memilih barangan di sini sebab kadang-kadang kalau tak lihat betul-betul korang akan terlepas banyak produk yang Rare dan menarik.
Untuk mereka yang mencari lokasi Tokyo City Flea Market (atau dikenali dengan nama Ohi Racecourse Flea Market) ini boleh la cari dengan menggunakan catian Google Maps ini Tokyo Flea Market Japan. Senang sahaja nak ke sana, dengan berhenti di Tachiaigawa Station laluan Keikyu Main Line.
Nak lebih senang, korang cari hotel sekitar Shinagawa dan boleh menginap di sini, sebab ia di luar bandaraya Tokyo, lebih murah dan dekat dengan lapangan terbang Haneda Airport.
Selamat Memburu barang rare Jepun di Tokyo Flea Market atau Ohi Racecourse Flea Market di Shinagawa.