Tokyo Imperial Palace Istana Negara Jepun
|Tempat pertama aku singgah masa di Tokyo adalah Tokyo Imperial Palace. Kalau dalam bahasa Malaysia, Istana Negara Tokyo. Kalau korang nak tahu, begini lah rupa bentuk Istana Negara Tokyo, kediaman rasmi Maharaja Jepun. Di belakang aku ni merupakan pintu masuk utama. Maharaja akan menggunakan pintu belakang sebagai jalan untuk keluar masuk ke Palace.
Imperial Palace ini ditutup untuk umum tetapi dalam masa setahun, ia cuma di buka 2 kali sahaja, iaitu pada awal tahun baru 2 Januari dan juga pada 24 Disember sempena hari kelahiran Maharaja Jepun.
Dapatkan harga bilik hotel berpatutang di Agoda
Kalau korang lihat dengan mata kasar nampak sangat uzur Istana ini kan? Sebenarnya di dalam ada bangunan baru untuk kediaman rasmi Maharaja Akihito, Maharaja ke-125 Jepun. Aku ingat lagi bila Tour Guide kami, Joey kata, sebenarnya Malaysia lagi Kaya dari Jepun kerana punya dua Istana Negara yang cantik, sedangkan Istana Negara Jepun sangat la tradisional.
Kawasan Imperial Palace Tokyo ini, merupakan salah satu bangunan lama Jepun dan sangat di pelihara di bandaraya Tokyo. Imperial Palace ini atau dengan nama Jepun, Kyuden, menjadi kediaman rasmi keluarga Maharaja Jepun.
Kalau korang ke Jepun dan sudah sampai di Tokyo, sila singgah di Imperial Palace Tokyo. Senibina lama dan antara bangunan sejarah Maharaja dan Kerajaan Jepun ini korang perlu alami sendiri.
MrJocko.com