Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Tombori River Cruise Di Osaka Memang Best

Tombori River Cruise Di Osaka Memang Best. Ia aktiviti yang anda kena cuba bila berada di Osaka. Ini cara pelancong untuk melihat keindahan Dotonbori melalui ‘terusan sungai’ di Osaka. Menarik juga, lebih lebih lagi kalau dapat menyusuri Sungai Tombori ini di waktu malam yang dingin.

Dengan harga harga tambang sekitar 900 Yen untuk setiap penumpang, ia sangat berbaloi untuk anda menghabiskan masa dengan menikmati pengalaman baru menaiki bot di Osaka.

Tombori River Cruise Di Osaka

 

Tombori River Cruise beroperasi di Sungai Dotombori, di tengah kesesakan lokasi tumpuan pelancong Dotonbori. Tombori River Cruise ini akan membawa anda ke lapangan sembilan jambatan  yang ada di sepanjang sungai dan kawasan pusat bandar yang sibuk di sepanjang sungai. Pelayaran di Sungai Tombori ini akan mengambil masa kira-kira dua puluh minit. Ia bertolak dari jeti kecil berhadapan kedai di hadapan “Don Quixote” berdekatan Bridge Tazaemon-bashi.

Waktu operasi Tombori River Cruise di Osaka ini bermula dari jam 1.oo pm sehingga jam 9.00 pm waktu tempatan pada hari bekerja. Dari jam 11.00 am hingga 9.00 pm pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan musim puncak ketika musim panas.

 

Tombori River

 

Sepanjang 20 minit perjalanan anda di dalam bot ini, anda akan dipandu oleh Jurucakap (Tourist Guide) yang berkhidmat untuk menerangkan beberapa info menarik tentang Sungai Tombori dan bandar Osaka. Antara yang menarik perhatian MrJocko ialah jambatan yang berada di sepanjang sungai ini.

Oh ya, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Keretapi, anda hanya perlu berjalan sekitar 5 minit sahaja dari Stesen Namba di Osaka. Dekat sahaja.

MrJocko akui, pengalaman naik bot menyusuri sungai Tombori ini memang best. MrJocko dah cuba, anda pun kalau ke Osaka, mesti lah cuba.

Untuk info, anda boleh terbang terus dari KLIA2 menuju Kansai Airport dengan menggunakan penerbangan AirAsiaX. Mudah dan murah, dapatkan tiket anda di www.AirAsia.com.my

Banyak tempat menarik di Osaka. Boleh baca entry yang lepas di sini :- http://www.mrjocko.com/2016/09/menarik-di-dotonbori-osaka.html

http://www.mrjocko.com/2016/09/menarik-di-dotonbori-osaka.html

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.