Top 10 Kolam Air Semulajadi Terbaik di Dunia
|Adakah anda peminat air yang termasuk di dalamnya senarai kolam, tasik, sungai atau kolam mandi? Jika Ya, MrJocko akan kongsi senarai Top 10 Kolam Air Semulajadi Terbaik di Dunia pilihan TripAdvisor. Senarai ‘Swimming Pools’ semulajadi ini memang patut anda letakkan dalam senarai percutian anda yang akan datang.
1. Parque Eco-Arqueologico de Ikil Ikil (Mexico)
Kolam air jernih ini memang menakjubkan, terletak di Chichen Itza, Mexico. Sekali lihat umpama berada di dalam dunia indah bunian 🙂
2. Grotta della Poesia (Itali)
Sekali lihat umpama kolam air buatan, tetapi ini adalah kolam air semulajadi terbentuk dengan cantik dan jernih. Air kolam ini memang akan menjadikan anda tenang dan seolah berenang di atas udara. Ia terletak di Roca Vecchia, Melendugno, Italy.
3. Las Grietas (Ecuador)
Melihatkan kejernihan air di kolam Las Grietas ini, ia memang memukau. Dari ketinggian seperti ini pun dapat lihat dasar dengan jelas. Anda peminat aksi terjun tiruk, ini peluang anda untuk terjun di kolam yang terbaik ini di Puerto Ayora, Ecuador.
Katanya kolam air ini terjadi hasil pembentukan Gunung Berapi. Air di sini ada campuran air masin (salt water) dan juga air galian mineral.
4. Blue Lagoon (Iceland)
Kolam air yang penuh dengan mineral-asli ini memang antara yang terbaik. Ia terletak di Grindavik , Iceland. Sesuai dengan namanya, ia dinamakan Blue Lagoon kerana kebiruan airnya yang sangat cantik.
Kolam air di Blue Lagoon Iceland ini agak hangat dan ia umpama Air Panas untuk kesegaran badan anda.
5. To Sua Ocean Trench (Samoa)
Kolam air di To Sua ini agak menarik dan unik kerana anda perlu menuruni tangga dahulu sebelum ke pelantar untuk mandi di sini. Itulah yang menarik di To Sua Ocean Trench, Samoa. Ia umpama ‘Lost World’ dan anda akan leka seharian jika mandi di sini.
Air jernih dan kehijauan ini mampu memukau sesiapa sahaja.
6. Nanda Blue Hole / Jackies Blue Hole (Vanuatu Island)
Umpama berenang dengan ikan-ikan peliharaan, itulah pengalaman ramai pelancong bila memberi respon tentang Nanda Blue Hole di Vanuatu Island ini. Pakai Goggle anda dan berenang untuk melihat keindahan air yang jerneh dengan kehidupan air di dalamnya. Terbaik.
7. Fairy Pools (Scotland)
Kolam air ini terbentuk hasil dari air terjun yang berada di sekitar. Walaupun ia dari hasil air terjun, tetapi kejernihan dan keindahan kawasan di Fairy Pools ini memang menakjubkan. Anda boleh memandu ke sini, Road to Glenbrittle, Scotland.
8. Gunlom Plunge Pool (Australia)
Kalau nak ke kawasan kolam di Gunlom Plunge Pool Australia ini, anda perlu berjalan sekitar 500 meter sebelum sampai ke lokasi. Kawasan ini unik sikit kerana terletak di atas dan anda boleh melihat pemandangan hutan hijau di bawahnya. Menarik sangat-sangat.
9. Natural Pool (Aruba)
Kolam semulajadi ini memang cantik. Lokasi agak jauh dan anda memerlukan Pacuan 4 Roda 4X4 ke sini untuk menikmati pengalaman mandi di sini. Kolam semulajadi yang memang cantik dengan air yang biru dan jernih. Lokasi nya terletak di Windward Coast, Noord, Aruba.
10. Queen’s Bath (Hawaii, USA)
Ini antara lokasi yang cantik di Hawaii. Walaupun Hawaii terkenal dengan pantai dan laut, tetapi kolam air semulajadi ini memang menarik dan berbeza dari pantai di Hawaii. Ini antara kolam air masin yang cantik dan memang wajib anda cuba jika bercuti di Hawaii. Berendam dalam kolam Queen’s Bath (Kolam Mandi Maharani) ini akan memberikan anda pengalaman mandi terbaik di Hawaii.
Sudah pasti sesiapa sahaja yang mempunyai peluang untuk travel di luar negara, anda akan mencari yang terbaik semasa bercuti. Ini antara kolam air semulajadi yang menarik dan antara yang terbik di dunia untuk menjadi panduan kepada anda, peminat Kolam Air.
Kalau ada peluang, apa salahnya kalau anda cuba kerana setiap kolam air semulajadi ini memang punyai keunikkan dan keistimewaan tersendiri. Doakan MrJocko juga berbeluang untuk ke salah satu dari kolam air semulajadi terbaik di dunia ini. InsyaAllah, akan MrJocko kongsikan di blog ini.
Wow! Cantiknya pemandamgan kolam2 air ni.Doakan juga saya boleh smpai ke salah satu tmpt yg indah ini ya 🙂
Kalau ada rezeki, teringin jugak MrJocko nak ke sana…