Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan

Ada banyak aktiviti menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi bila tiba musim panas setiap tahun. Korea Selatang juga terkenal dengan pelbagai aktiviti menarik sempena ‘Summer in Korea’. Antara yang menjadi tumpuan, saya kongsikan Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan yang boleh anda sertai.

Sejak puluhan tahun, Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan semakin menjadi tumpuan pelancong luar negara. Paling menjadi pilihan ialah untuk melihat taman-taman bunga yang dihias cantik sepanjang musim ini.

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan
Haeundae Beach

Musim Panas di Korea Selatan biasanya bermula pada bulan Jun hingga ke bulan Ogos sepanjang tahun.

Untuk kali ini, apa kata korang singgah di Haeundae Beach di Busan. Ia hanya terletak kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan Subway.

Pantai Haeundae Beach di Busan paling popular di Busan bila tiba musim panas. Ribuan rakyat Korea Selatan dan juga pelancong asing akan berkumpul di sini untuk berjemur dan mandi manda sepanjang musim panas.

Pakej Murah Ke Korea dengan Klook

Klook.com
Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan
Bukit Hallasan

Untuk anda yang sukakan aktiviti luar, mungkin pilihan mendaki Gunung Hallasan di Jeju Island akan menjadi pilihan utama anda. Gunung Hallasan terletak di tengah Pulau Jeju dan menjadi destinasi aktiviti mendaki paling popular di sini, khususnya pada musim panas.

Jarak dari bandar Jeju untuk ke Gunung Hallasan cuma sekitar 1 jam perjalanan dengan menggunakan Bas. Kalau anda menggunakan kereta, ia pasti lebih cepat.

Ada banyak homestay, lodge, hotel murah sekitar kaki Hallasan National Park. Trek untuk mendaki ke Hallasan Mountain juga khabarnya tidak lah susah, ia antara trek laluan mudah yang boleh dilalui oleh sesiapa sahaja.

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan
Bunga di Everland Seoul

Untuk mereka yang tak nak pergi jauh, mungkin boleh berkunjung ke Taman Tema Everland. Di dalam Taman Tema Everland di Seoul ini, ada banyak hiasan bunga-bunga bila tiba musim panas di Korea Selatan. Sambil main di dalam taman tema ini, boleh nikmati sendiri keindahan bunga-bunga di Everland.

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan
Boryeong Mud Festival

Ada pelancong yang lebih ekstrim. Mungkin mereka nak sesuatu yang lain dari yang lain. Apa lagi, bersedialah dengan Pesta Lumpur yang terkenal di Korea Selatan. Ia di beri nama Boryeong Mud Festival yang diadakan di daerah Boryeong.

Walaupun kedudukan Boryeong ini agak jauh dari Incheon Airport dan Seoul, tetapi ia boleh akses dengan mudah dengan menggunakan keretapi. Ia hanya memakan masa sekitar 2 jam perjalanan dengan kos sekitar KRW10,900 (MYR40).

Ramai pelancong Eropah suka dengan aktiviti mandi lumpur seperti ini kerana dikatakan bagus untuk kulit mereka.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Seoul

Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan
Buyeo Seodong Lotus Fest

Peminat bunga, sekali lagi mungkin boleh rancang untuk ke Buyeo Seodong Lotus Fest. Pesta bunga Teratai di Korea Selatan ini antara yang terbesar dianjurkan saban tahun.

Terletak di dalam Buyeo Prefecture, ia berada agak jauh dari Seoul. Untuk ke sini, boeh menggunakan keretapi dan ia memakan masa selama sekitar 2 jam 55 minit dengan kos sekitar KRW16,000 (MYR56).

Kawasan ini agak berbukit bukau. Jika anda peminat landskap, di sini lah tempat untuk sejukkan mata anda. Ada pilihan puluhan jenis pokok Teratai biasanya ditanam di kawasan ini dan ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong tempatan sepanjang tahun.

Itu adalah antara Top 5 Aktiviti Musim Panas Terbaik Di Korea Selatan. Ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda teroka, cuba buat perbandingan di laman web Korea Tourism Organization.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.