Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Toucheng Leisure Farm Taiwan Ada Pilihan Percutian Ladang Alternatif

Yilan County di Taiwan antara destinasi yang menawarkan banyak lokasi percutian ladang terkenal di sana. Kalau tahun 2013, MrJocko pernah ke Yilan untuk percutian ladang, kali ini kami merasai pengalaman baru ke Toucheng Leisure Farm Taiwan Ada Pilihan Percutian Ladang Alternatif yang menarik untuk semua pelancong.

Terletak kira-kira 62km dari bandar Taipei, Toucheng Leisure Farm menawarkan pengalaman baru untuk percutian di penginapan ladang gaya orang Taiwan. di sini ada banyak pilihan ladang termasuk ladang buah seperti anggur, peach, plum, jambu batu, markisa dan banyak lagi.

Baca : Pengalaman Kutip Buah di Yilan County Taiwan

Toucheng Leisure Farm Taiwan

Toucheng Leisure Farm Taiwan Ada Pilihan Percutian Ladang Alternatif

 

Memang ia berada jauh dari bandar Taipei. Ia terletak di perkampungan yang berada di persisir kaki gunung tetapi dekat sahaja dengan pantai timur Taiwan. Walaupun jauh, lokasi di Yilan boleh korang jejak dengan perjalanan menaiki keretapi dari Taipei Main Station dan berhenti di destinasi Guishan Station.

Kiri dan kanan ladang ini ialah bukit bukau dan kawasan ini subur untuk pertanian, lebih-lebih lagi sayuran dan buah-buahan.

 

toucheng-leisure-farm-taiwan toucheng-leisure-farm-taiwan toucheng-leisure-farm-taiwan toucheng-leisure-farm-taiwan

 

Di Toucheng Leisure Farm, mereka menyediakan beberapa bahagian untuk dijadikan lokasi pembelajaran pertanian kepada tetamu dan pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang cara hidup masyarakat lama di Taiwan. 

Ada disediakan petak sawah padi, kebun buah, reban ayam dan ternakan haiwan serta beberapa bidang tanah untuk tanaman buahan seperti anggur, peach, pear, plum, pamelo dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, ada satu rumah petani, dibina untuk menunjukkan kepada pelancong tentang kehidupan petani di Taiwan zaman dahulu kala. Ia di bina berdasarkan binaan asli untuk memberikan gambaran sebenar cara hidup petani yang hidup bergantung kepada hasil pertanian.

 

toucheng-leisure-farm-taiwan
Toucheng Leisure Farm Taiwan Ada Pilihan Percutian Ladang Alternatif

toucheng-leisure-farm-taiwan toucheng-leisure-farm-taiwan toucheng-leisure-farm-taiwan

 

Unik rumah petani di Taiwan ini. Walaupun ia dibina seperti ini, tetapi ‘ventilation’ dan suhu dalam rumah sangat selesa. Katanya, pada musim panas, ia akan memberikan suhu sejuk di dalam rumah dan pada musim sejuk, ia memberikan haba panas di dalam rumah. Bagaimana caranya, kena la baca lebih lanjut tentang rumah tradisional petani ini.

Memang pengalaman sendiri, berada di dalam rumah ini membuatkan MrJocko rasa agak selesa, walaupun ia hanya rumah kampung.

 

Toucheng Leisure Farm Taiwan

 

Untuk pengalaman kali ini di Toucheng Leisure Farm, kami tidak berkesempatan untuk memetik buah kerana bukan musim buah. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami datang lagi memetik buah pear di sini :).

Berminat untuk cuba bermalam di sini dengan pengalaman memetik buah di Taiwan, boleh layari laman web ini http://www.taiwanfarm.org.tw/sqc/index.php/en/eastern-region-en/173-2011f17-en

Baca juga Pengalaman Petik Buah Peach di Yilan Tahun 2013

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.