Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tradisi Makan Berselo Di Raja Di Istana Ampang Tinggi

Negeri Sembilan Food Trail 2013 Edisi Kedua sebenarnya bermula dari Bangunan MARA Seremban dan menuju ke Muzium Negeri Sembilan. Di perkarangan Muzium Negeri, kami di jemput untuk merasai sendiri pengalaman untuk makan tradisional ala raja-raja di Istana Ampang Tinggi dengan mengekalkan konsep ‘Makan Berselo’. Kami para media dijemput untuk tradisi makan berselo di atas Istana Ampang Tinggi, salah satu Istana lama tinggalan sejarah Negeri Sembilan.

Menu kami pada hari tersebut mengekalkan menu masak lemak daging salai, ayam masak merah tradisional, sayuran, masak lemak pucuk kayu yang ada dicampur dengan tempoyak serta buahan. Perghh!!! Rasa asli masakan istana zaman kegemilangan Minang memang terbaik.

Baca : Restoran Nasi Arab Terkenal di Negeri Sembilan

 


Tradisi Makan Berselo Di Istana Ampang Tinggi

tradisi makan berselo di atas Istana Ampang Tinggi
 

Sebenarnya pakej ‘tradisi makan berselo’ ini disediakan oleh pihak Muzium Negeri Sembilan kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk merasai keunikkan citarasa asli Negeri Sembilan dan pengalaman makan tengahari di dalam Istana lama, Istana Ampang Tinggi. Ia sememangnya pengalaman yang terbaik yang anda akan rasai di Muzium Negeri Sembilan.

tradisi makan berselo

tradisi makan berselo

tradisi makan berselo

Bagi yang berminat anda boleh terus menghubungi pihak Muzium Negeri dan memilih pakej makan tengahari dan makan malam anda dari serendah RM8 bagi setiap orang dan sehingga RM15.00 bagi pakej yang lebih meriah dan kepelbagaian lauk pauk asli Negeri Sembilan.

Pengalaman makan berselo di Negeri Sembilan Food Trail 2013 memang meninggalkan kenangan yang terbaik. Bayangkan kalau kita dalam keluarga yang besar bersama-sama merasai pengalaman makan berselo ini, ia sudah pasti akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang ingin membuat majlis makan atau keramaian, apa kata berurusan dengan pihak muzium dan buat majlis anda di sini. Sudah pasti ia akan menjadi majlis keramaian terbaik untuk anda dan jemputan anda.

Entry ini menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.