Tramways Di Hong Kong Island Memang Best
|Tramways di Hong Kong antara ‘trademark’ yang perlu anda cuba kalau bercuti ke Hong Kong. Tram yang memang terkenal sejak tahun 1920an ini masih lagi menjadi pengangkutan utama di Hong Kong Island (sebelah pulau) dan menjadi pengangkutan utama rakyat Hong Kong.
Antara rahsia yang masih lagi mempopularkan servis Tram di Hong Kong ini ialah kerana kemudahan akses ke lokasi di sebelah pulau dan juga kerana harga tambang Tram yang memang murah. Untuk info, tambang untuk menaiki Tram di Hong Kong hanya sekitar HKD2.50 atau sekitar RM1.30 sahaja.

MrJocko lebih suka teroka bandar Hong Kong dengan cara ini. Kalau menggunakan Subway atau LRT, mungkin tidak berpeluang untuk melihat celah-celah bandar di Hong Kong. Dengan cara menaiki Tram di Hongkong, MrJocko dapat melihat kesibukkan kota Hong Kong dari stesen Shau Kei Wan sehingga ke stesen Keneddy Town di Hong Kong Island.
Anda tak perlu risau untuk sesat kerana boleh dikatakan sepanjang perhentian stesen Tram di Hong Kong ini berdekatan dengan stesen LRT atau MTR Hong Kong. Nikmati bandar Hong Kong dalam kedinginan. Ia adalah pengalaman yang menarik untuk anda teroka separuh bandar Hong Kong tanpa berjalan kaki :).

Tramways di Hong Kong
Walaupun Tram di sini punyai banyak destinasi, kebanyakkannya akan melalui laluan yang hampir sama. Tetapi sebaiknya, kalau nak nikmati perjalanan yang menarik, pastikan anda dari laluan Shau Kei Wan menuju ke Keneddy Town. Di Keneddy Town, anda boleh ambil MTR dan kembali ke destinasi anda. Seperti MrJocko, kembali ke Kowloon yang menjadi pilihan lokasi penginapan terbaik jika ke Hong Kong.
Oh ya, sebaiknya jika nak naik Tramways di Hong Kong, sediakan wang kecil dalam jumlah HKD3 atau nilai yang genap kerana tidak ada pulangan baki jika anda membayar tambang Tram di Hong Kong. 🙂