Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Transformers Autobots Rollout Di 1 Utama Shopping Centre KL

Koleksi Transformers Autobots Rollout Di 1 Utama Shopping Centre kini sudah dibuka untuk semua. Sebut saja nama Autobots, anda mungkin akan terfikir sesuatu. Ya, sekumpulan robot yang berpihak kepada kebaikkan dalam satu kumpulan besar Transformers. Manakala Decepticon, adalah seteru mereka yang jahat.

MrJocko lahir di zaman TRANSFORMERS, dimana ikoniknya bermula generasi robot ini sebagai satu siri komik pada 1980-an sebelum berkembang menjadi satu siri televisyen animasi yang menggambarkan perang terhadap Autobots yang Decepticons yang boleh berubah daripada robot ke dalam kenderaan dan objek lain.

Baca : Membeli Belah di 1 Utama KL

Transformers Autobots Rollout

 


Transformers Autobots Rollout Di 1 Utama Shopping Centre KL

transformers+autobots+rollout

 

Cyberton dan Bumi, ia mempamerkan pertempuran berterusan Autobots terhadap Decepticons untuk melindungi manusia. Dari sudut lain, siri kartun Transformers ini menyampaikan mesej positif yang kuat kepada peminat dan penonton tentang kerjasama berpasukan dan kepimpinan yang tinggi.

Musim cuti sekolah ini, bermula dari 25 Mei 2016 sehingga 12 Jun 2016 nanti, semua peminat TRANSFORMERS akan dapat menyaksikan koleksi terbaru robot ini di ruang legar Centre Court Old Wing 1 Utama, dibawakan oleh Hasbro Malaysia. Selain dari pameran ini ada pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk anak-anak anda dan juga koleksi ‘toys’ untuk pengumpul mainan TRANSFORMERS. 
 

transformers+autobots+rollout

transformers+autobots+rollout

Menjadi acara kemuncak majlis pelancaran Trasformers Autobots Rollout di 1 Utama ialah dengan kehadiran kereta edisi terhad Chevrolet Camaro yang cukup sinomin dengan filem Transformers sebelum ini. Untuk info, model kereta ini hanya ada 6 buah sahaja di Malaysia dan ia jarang boleh dilihat di lebuhraya Malaysia.

Setiap kali pameran Transformers seperti ini, watak-watak hero terkenal ‘TRANSFORMERS’ seperti Optimus Prime dan Bumblebee sudah pasti menjadi pilihan ramai. Watak hero ini menjadi idola setiap peminat Transformers dan semestinya akan dikenang sampai bila-bila.

transformers+autobots+rollout

 

Transformers Autobots Rollout

Cabar diri anda dan anak-anak untuk memasang toys Transformers ini secepat yang boleh.

Mereka ni ‘Pemasang Toys Transformers tercepat. Bayangkan koleksi 5 hingga 6 mainan ini dicantumkan dan kemudian terbinanya satu robot besar hasil dari kecekapan mereka, tidak sampai 5 minit kesemuanya siap… Wow!!!

transformers+autobots+rollout

Teruja dengan pelbagai pilihan mainan Transformers dan juga produk lain. Ada Tshirt untuk anak-anak, peralatan kelengkapan sekolah seperti beg sekolah, alat tulis dan sebagainya. Banyak lagi pilihan produk lain ada dijual di sini, sempena pameran Transformers Autobots Rollout sepanjang cuti sekolah ini.

Apalagi, masih ada masa bawa anak-anak, adik beradik serta keluarga anda yang lain ke 1 Utama untuk menyaksikan sendiri pemeran Transformers. Sambil itu, boleh layan maian komputer dan juga beberapa aktiviti khas untuk kanak-kanak sempena pameran ini.

Koleksi Transformers Autobots Rollout Di 1 Utama Shopping Centre

transformers+autobots+rollout transformers+autobots+rollout

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.