TRANSFORMERS Combiner Wars Dari Hasbro Koleksi Kami
|Pertama kali MrJocko melihat TRANSFORMERS ketika waktu kecil, tahun 1980-an di mana waktu itu, hanya rancangan kartun TRANSFORMERS menjadi ikutan ramai kanak-kanak. Kini sudah lebih 30 tahun, TRANSFORMERS tampil dalam pelbagai bentuk termasuk filem dan mainan yang diilhamkan dari kartun asal TRANSFORMERS. Terbaru, mainan TRANSFORMERS Combiner Wars dari Hasbro Toy Malaysia yang akan menjadikan koleksi anda antara koleksi TRANSFORMERS terbaik.
Untuk info, MrJocko dapatkan koleksi TRANSFORMERS baru ini di pameran TRANSFORMERS Autobots Rollout di 1 Utama.
TRANSFORMERS Combiner Wars
Teruja melihat expert membina gabungan robot-robot kecil ini menjadi satu robot besar yang hebat, MrJocko turut memilih untuk mendapat satu koleksi TRANSFORMERS Combiner Wars dari Hasbro Toy Malaysia ini.
Inilah robot TRANSFORMERS sebenar bila mana satu mesin robot boleh berubah bentuk dari robot menjadi mesin kenderaan seperti kereta, kapal terbang dan kenderaan lain. Dalam masa sama, koleksi TRANSFORMERS Combiner Wars ini boleh bergabung sesama mereka menjadi satu lagi robot besar, sebagai mesin ‘ultimate’ untuk Autobots atau Decepticons.
Pakar TRANSFORMERS Combiner Wars

Toys TRANSFORMERS Combiner Wars
Rambang mata nak pilih mana satu, semua koleksi yang ada di pameran mania TRANSFORMERS Combiner Wars Hasbro ini semuanya menarik. Namun, sleeps beberapa kali memilih, akhirnya MrJocko ‘decide’ untuk mendapatkan TRANSFORMERS Combiner Wars (MENASOR).
Memandangkan cabaran membina robot dari koleksi TRANSFORMERS Combiner Wars ini bukan senang, memerlukan kreativiti dan juga imaginasi tinggi, MrJocko mula dulu dengan robot kecil, Autobots Drift ini. Yes,,, sempat berlatih guna robot kecil ini.
TRANSFORMERS Combiner Wars Dari Hasbro
Untuk cabaran sebenar, kami pasang koleksi terbaik kami ini bersama-sama. Bermula dengan unboxing kotak TRANSFORMERS Combiner Wars MENASOR ini dan bina robot satu persatu. Ini sudah memakan masa sekitar 30 minit.
Selepas membina robot yang terdiri dari koleksi robot-robot Decepticons Motormaster, Dragstrip, Dead End, Breakdown, Brake-Neck dan Blackjack, kami siapkan ianya satu persatu untuk dicantumkan menjadi robot besar MENASOR. Hasil kesabaran dan usaha kami, 30 minit selepas itu kami berjaya menyiapkan koleksi TRANSFORMERS Combiner Wars MENASOR ini dengan bangga.
Walaupun kami siapkan kombinasi yang bernama MENASOR ini dalam masa satu jam, tetapi kami sangat berpuas hati. Kakak Khalish dan Hasya memang bersungguh kerah kreativiti dan imaginasi mereka untuk siapkan mainan TRANSFORMERS Combiner Wars ini sebaiknya.
Baca : MrJocko dan Toys Review
TRANSFORMERS Menasor

Hasilnya selepas satu jam, berdiri megah ‘collection item’ kami, The Ultimate Weapons for Deceptions yang digelar MENASOR.
MrJocko puas, anak-anak pun happy. Lepas ni boleh letak dalam koleksi kami yang lain di rumah 🙂
Nak beli? Layari Hasbro Malaysia