Site icon Travel Blogger Malaysia

Transformers Expo Malaysia 2014 Soft Launch

transformers-expo-soft-launch-

transformers expo soft launch

Meneruskan kejayaan gemilangnya, Hasbro telah memutuskan akan menyambut ulangtahun ke-30 Transformers pertama kali di Malaysia. Oleh yang demikian, pada hujung bulan Januari 2014, bermula 31 Januari ini anda akan dapat menyaksikan lebih dari 1300 watak dan koleksi terbaik Transformers seluruh dunia di Ekspo Transformers Malaysia 2014.

 

Majlis ‘Soft Launch Transformers Expo Malaysia 2014‘ ini telah berlangsung di Times Square Genting Highlands oleh Puan Hamdiah Ismail yang mewakili Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014, Mr Kenny Yap dan Ms Angeala Siew di saksikan oleh para Media dan Bloggers.

Transformers Expo Malaysia 2014 

 

Soft Launch Transformers Expo 2014 Malaysia

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Transformers Expo Malaysia 2014 

Pada Ekspo Transformers Malaysia 2014 ini, anda akan dapat menyaksikan watak Optimus Prime bersaiz ketinggian 23 kaki tinggi, Bumblebee dan juga kemunculan Chevrolet Camaro. Dalam ekspo ini juga akan terdapat lebih dari 1,300 koleksi watak terbaik Tranformers seluruh dunia diletakkan dalam ruang pameran seluas 35,000 kaki persegi. Sangat luas dan ia merupakan satu ekspo terbesar dan terbaik Transformers di seluruh Asia.

 

Jadi, sekiranya anda salah seorang peminat Transformers, jangan tunggu lagi. Bersedia untuk ke Transformers Expo Malaysia 2014 yang akan di adakan di Arena Of Stars Genting Highlands bermula 31 Januari 2014 sehingga 16 Februari 2014. Harga tiket RM55 untuk dewasa dan RM45.00 untuk kanak-kanak. Blooggers Dot Com pernah buat entry ini minggu lepas dan anda boleh lihat di SINI.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Transformers Expo Malaysia 2014.

Exit mobile version