Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021 Teaser

Memandangkan kami dah lama tak ke bandaraya bersejarah, secara impromptu, kami sekeluarga decided untuk buat road trip ke Melaka. Rancangan asal, memang nak singgah dua hari satu malam, tetapi terlajak 3 hari 2 malam. Ini perkongsian saya, cerita kembara kami, Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021 Teaser, dengan pencarian destinasi popular dan tempat makan best di Melaka.

Sememangnya, negeri Melaka punyai lebih banyak sejarah penting berbanding negara lain di Malaysia, itu satu fakta. Secara umum, rakyat negara lain lebih kenal Melaka berbanding negari lain kerana sejarahnya. Lagipun, nama Malacca memang ada dalam banyak buka sejarah dunia dan ia sememangnya menjadi kebanggaan Malaysia.

Baca : Tempat Menarik di Melaka

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021

 


Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021
 

Kalau dilihat dari perkongsian saya di blog ini, artikel terakhir tentang Melaka pada tahun 2014. Rasa-rasanya pun kami sudah lama tidak singgah di sini. Jadi, sangat sesuai dengan masa yang ada, bajet yang murah, kami rancang untuk food hunting dan juga cari beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Melaka.

Memandangkan, jarak pemanduan dari Kuala Lumpur ke Melaka hanya mengambil masa sekitar 2 jam sahaja, ia satu lagi pengalaman kami sekeluarga untuk kembara dengan bajet yang murah tetapi pulang dengan pengalaman baru, terbaik untuk kami disamping menyokong industri pelancongan dalam Malaysia.

Baca : Tourism Melaka Bandaraya Bersejarah
 

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021
 

Untuk artikel pertama ini, saya sekadar nak kongsi itinerary kami dahulu. Bermula dengan pemaduan seawal pagi dan kami makan di dalam kereta dengan menu Drive Through McDonalds sahaja. Pemanduan santai kami teruskan sehingga ke hotel, berdekatan dengan Jonker Street dengan memilih bilik Family Room tanpa sarapan pagi.

Hotel yang berdekatan dengan Jonker Street, Sungai Melaka, Hard Rock Cafe, Dataran Pahlawan ini sangat sesuai untuk semua kerana ia lebih mudah untuk anda singgah tanpa perlu memandu. Untuk informasi, keadaan jalan di Bandar Melaka di waktu hujung minggu agak sesak dan boleh memeningkan.
 

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021

Travel Bajet Cuti-Cuti Melaka Disember 2021
 

Hari pertama, kami habiskan dengan pengalaman menyusuri Pasar Malam di Jonker Street, makan malam di Asam Pedas Pokok Besar, Urut Kaki dan kemudiannya ke Dataran Pahlawan untuk menaiki Beca keliling bandar.

Hari kedua, kami habiskan dengan sarapan pagi di Sayyid Antique & Cafe, singgah di Pantai Klebang dan menikmati Coconut Shake Original Klebang, Makan Malam di Ikan Bakar Alai Melaka.

Hari ketiga, kami cuba Roti Canai Arang untuk sarapan pagi dan kemudian menaiki Melaka River Cruise. Tengahari, kami singgah di Kota A’Famosa dan juga pertama kami masuk ke Dataran Pahlawan Mall.

Perjalanan kami balik ke Kuala Lumpur, kami singgah sekejap di Freeport A’Famosa melihat sendiri butik berjenama yang dikatakan popular di Melaka, kini menjadi antara lokasi popular pelancong sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur.

Perjalanan kami pulang, memakan masa sekitar 1 jam 30 minit lagi dan sampai di Kuala Lumpur dengan selamat selepas 3 hari 2 malam percutian bajet kami di Melaka. Untuk cerita tentang lokasi menarik, makanan yang best di Melaka, tunggu entry selepas ini ya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.