Ronaldo Benzema Mane Travel Booster Pelancongan Saudi Arabia
|Dunia bolasepak kini melangkaui jangkaan ramai peminat bolasepak. Liga Perdana Inggeris (English Premier League) yang sebelum ini paling popular seluruh dunia kini mula goyah dengan senario baru kelab-kelab bolasepak di luar Eropah ekoran nama-nama besar pemain bola kini seakan menjadi trend berpindah ke Liga Bolasepak Negara Arab. Dari sudut pelancongan, kami nampak perpindahan Ronaldo, Benzema, Mane dan pemain lain ke Saudi Pro League akan menjadi Travel Booster untuk sektor pelancongan Saudi Arabia.
Kalau dahulu, pemain-pemain ternama bolasepak dari Eropah ini, hanya berlegar diantara English Premier League, La Liga, Serie A dan beberapa liga lain. Kali ini, mereka berhijrah jauh ke negara Arab yang mana kelab di sini mempunyai dana yang jauh lebih kaya dan cita-cita yang lebih besar. Paling untung, pemain bola yang hampir nak pencen pun masih diberi peluang dengan gaji yang besar untuk bermain di Saudi Pro League.
Baca : Ronaldo Pemain Bolasepak Terbaik Dunia
Ronaldo Benzema Mane Travel Booster Untuk Pelancongan Saudi Arabia
Tourism is one of Saudi Arabia’s fastest-growing sectors. It is a significant contributor to the national economy and is a key source of jobs. In 2019, tourism directly contributed to 3.8% of GDP, supported 571 152 jobs (5.1% of total employment) and generated nearly SAR 165 billion in tourism spending
Sumber : OECD Library
Pelancongan adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di Arab Saudi. Ia merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara dan merupakan sumber utama pekerjaan. Pada 2019, pelancongan menyumbang secara langsung kepada 3.8% daripada KDNK, menyokong 571 152 pekerjaan (5.1% daripada jumlah pekerjaan) dan menjana hampir SAR 165 bilion dalam perbelanjaan pelancongan.
Mengikut informasi yang kami cari, ini antara senarai pemain bolasepak terkenal dunia yang kini bermain dengan beberapa kelab di Saudi Arabia.
Cuba lihat dalam senarai pemain-pemain bolasepak ini. Selain dari Ronaldo, Benzema, Firmino dan Sadio Mane, ada ramai lagi pemain terbaik dunia kini bersama dalam Liga Arab ini. Antaranya, Anderson Talisca, Allan Saint-Maximin, Riyad Mahrez, Jordan Henderson, Malcom, Romain Saiss, Alex Telles, Seko Fofana, Sergej Milinkovic-Savic, Roberto Firmino, Marcelo Brozovic, Jota, Edouard Mendy, Karim Benzema, N’Golo Kante, Ruben Neves dan juga Kalidou Koulibaly.
Nama-nama besar ini bukan sahaja akan membawa masuk penaja-penaja baru ke Saudi Arabia, malah produk-produk yang berkaitan, servis, industri makanan barat dan sebagainya akan mula memenuhi pasaran di Saudi Arabia.
Kebiasaannya, faktor-faktor sampingan akan mula berubah mengikut keadaan dan pastinya untuk peminat bolasepak dunia, mereka akan mengambil peluang untuk ke sini dalam memenuhi cita-cita pelancongan mereka.
Sebagai pengembara, kami sendiri teringin untuk melihat pemain-pemain hebat ini beraksi di depan mata. Kala ada rezeki pasti kami nak masuk ke stadium melihat perlawanan hebat bolasepak bertaraf dunia ini.
Kami menjangkakan, sektor pelancongan Saudi Arabia akan berkembang dengan lebih pesat, khususnya buat pelancong bukan Islam yang akan singgah di sini merasai pengalaman padang pasir yang sangat unik. Kalau corak perpindahan pemain bolasepak seperti ini berterusan, dalam masa 3 atau 5 tahun sahaja lagi kualiti pasukan dari negara Arab ini akan lebih baik dan mampu menghasilkan kualiti pemain bola yang lebih berdaya saing ke seluruh dunia.